Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PUCUK PIMPINAN PAS : HARAM UNDI ANWAR IBRAHIM

Posted: 22 Feb 2013 10:00 PM PST



Mesyuarat tertutup di antara Pas dan PKR Ahad lalu mempertikaikan kerelevanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan menjadi Perdana Menteri, sekiranya Pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13, lapor Amin Iskandar, Penolong Pengarang Berita Malaysian Insider.

Menurut portal itu, satu sumber dalaman memberitahu The Malaysian Insider bahawa persoalan tersebut timbul selepas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu lalu yang berkata Pas tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam.
"Pemimpin tertinggi Pas itu mengatakan 'haram' bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri.

"Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab, Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini sudah dipersetujui oleh Pas dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999," kata satu sumber PR yang tidak mahu dinamakan.
Menurut laporan portal itu, satu pertemuan telah dilakukan di antara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menjemput bekas menteri kewangan itu untuk menjadi perdana menteri sekiranya PR berjaya mendapatkan majoriti kerusi parlimen selepas pilihan raya akan datang.

Isu siapa bakal perdana menteri menjadi topik hangat apabila dua minggu lalu Majlis Syura Ulama Pas dilaporkan menolak pencalonan Anwar sebagai PM dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut. 

Pada November tahun lalu, Ustazah Izzah Masturah Binti Eshmaeel, Ahli Jawatankuasa Ulamak Pelapis PAS (Pusat) turut mendedahkan sikap Dewan Ulama Pas terhadap Anwar sebagai PM.
"Berhubung dengan kritikan bahawa Dewan Ulamak telah menongkah arus kerana Pakatan Rakyat sebenarnya telah bersetuju untuk melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang, masyarakat diajak untuk menilai sejauh manakah kebenaran dakwaan wujudnya persepakatan di kalangan Pakatan Rakyat bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahimlah Perdana Menteri Malaysia akan datang. 

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sebenarnya belum ada satu ketetapan rasmi yang diambil oleh Pakatan Rakyat berhubung isu ini. Ini bermakna kenyataan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri akan datang yang digembar-gemburkan selama ini hanyalah pandangan peribadi yang dilantunkan oleh DAP, KEADILAN dan turut juga disambut oleh beberapa pimpinan PAS. 

"Akhirnya pandangan yang pada asalnya bersifat peribadi dan bukannya hasil keputusan rasmi Pakatan Rakyat telah berubah menjadi seakan-akan satu pegangan muktamad bagi Pakatan Rakyat sehingga masyarakat Malaysia secara umum turut terkeliru dan turut berkeyakinan bahawa isu Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri adalah hasil kesepakatan seluruh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Sebenarnya pandangan untuk melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri masih boleh untuk dipertimbangkan. Namun untuk memuktamadkan pandangan ini sebagai satu-satunya pandangan yang mesti dipegang tanpa melalui perbincangan meja bulat adalah satu usaha yang tidak wajar kerana ini akan menatijahkan satu kesilapan fakta dan akan menutup ruang perbincangan terhadap isu siapakah Perdana Menteri akan datang. 

"Oleh itu, tidak pelik disuarakan pendirian bahawa individu yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang sekiranya Allah memberikan keizinan adalah Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri," dedahnya.

GAMBAR SAMBUTAN HANGAT TERHADAP PKR! RANAP BN

Posted: 22 Feb 2013 07:30 PM PST


Jangan kata program belum mula ya wahai kaki spin pr
Jelas la rakyat selangor pun dah naik muak dengan janji bukan manifesto pembangkang ni. Ada beberapa kerat yang sanggup dikencing berkali-kali.
Kesian..Padan la khalid tak sabar-sabar nak bubarkan dun. Dah tak tertanggung lagi rupanya malu dia pada rakyat selangor. Hehehe..
FORUM AIR UNTUK RAKYAT KE FORUM SYOK SENDIRI
credit to ALOQLALOQ.BLOGSPOT.COM

Santai Pagi : Papan Tanda Khas Untuk Penyokong Pembangkang Yang Ambil BR1M

Posted: 22 Feb 2013 05:40 PM PST

Kalau Nik Aziz dah panggil rakyat sebagai binatang, maka harus ditandakan terutamanya untuk penyokong totok pembangkang. Inilah papan tanda yang paling sesuai.

Gambar dari Suarapeople.com


Kalau tak percaya Nik Aziz gelarkan penerima BR1M sebagai binatang, anda boleh tonton video ini.


Cara Kerajaan BN bagi BR1M bukan cara Islam? Habis tu yang ini macam mana pulak?


Islam / ikhlas ke sangat bagi bantuan ada log BULAN?

RUNDINGAN ANWAR-NUR MISUARI TERBONGKAR

Posted: 22 Feb 2013 06:59 AM PST

Salah Satu Banner Yang Dilihat Di Ranau, Anugerah Ditabalkan oleh  PKR Ranau 

ANWAR telah menggunakan hubungan lamanya dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dan mantan Gabenor Mindanao yang dipecat oleh Kerajaan Filiphina kerana penyelewengan kuasa dan Rasuah. Anwar dan Nur Misuari memiliki banyak persamaan. Kedua-dua mereka pernah memegang jawatan tinggi di tempat masing-masing dan kedua-dua mereka dipecat kerana salah guna kuasa dan kes-kes lain.


Kejayaan DS Najib menjayakan Keamanan kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina sangat-sangat menggeramkan Anwar tetapi sangat-sangat menyakiti hati Nur Misuari. Dendam Nur Misuari bermula apabila MILF mengambil alih peranan MNLF di Selatan Filipina.

Semasa Nur Misuari menjadi Gabenor Mindanao, dan Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar telah memberi wang belanja yang sangat banyak kepada Nur Misuari sehingga integriti Nur Misuari tercemar. Nur Misuari mula lupa daratan, bersosial, berglamour dan akhirnya dipecat oleh Kerajaan Filipina.

Orang-Orang Sulu mempunyai ramai keluarga di Pantai Timur Sabah, di persisiran pantai di Tawau, Lahad Datu hingga ke Sandakan. Ramai di kalangan mereka dihantar ke Malaysia (Sabah) ketika perang di negara mereka (Selatan Filipina) dan mereka menjadi Pelarian Perang semasa zaman Marcos dan Estrada. Kedua-dua Presiden ini anti umat Islam di selatan Filipina. Walaupun Anwar pernah menjadi TPM dan bersahabat rapat dengan Presiden yang terkenal dengan kaki minum dan kaki rasuah ini, namun Anwar gagal menghalang Estrada daripada menghantar Tentera Filipina untuk menghapuskan pejuang-pejuang Islam di Selatan Filipina.


Anwar Masih Membisu Walaupun Rundingan Anwar-Nur Misuari Dihidu Oleh Krew Mymassa dan Media Antarabangsa

MENJELANG PRU13

Anwar telah menghantar beberapa utusan kepada Nur Misuari dan wakil Sultan Sulu di Sabah dan Anwar berjanji akan memberikan beberapa perkara kepada mereka sekiranya dia berkuasa. Putera Raja Kiran dari Kesultanan Sulu ada di Sabah. Beberapa individu Sulu di Sabah dan di Kesultanan Sulu telah mengambil kesempatan atas Tawaran Anwar kepada mereka.

Kenapa Tian Chua dan Nurul Izzah berdiam diri? Mereka adalah antara utusan yang berunding dengan pihak Nur Misuari dan waris Kesultanan Sulu di Sabah, dan menjanjikan banyak perkara. Mymassa adalah pelapor pertama yang mengaitkan Anwar dengan insiden di Lahad Datu. Ianya kemudian disahkan oleh media antarabangsa. Kami mempunyai bukti bahawa Anwar terlibat. 

Tian Chua ini http://mymassa.blogspot.com/2013/02/top-secret-apa-tian-chua-buat-dengan.html Sistem keselamatan Anwar bukanlah canggih sangat, walaupun Anwar menyewa sistem yang mahal dan bodyguard yang mahal.

Tujuan Anwar mudah. Anwar mahu berlaku tembak-menembak. Anwar mahu melihat Angkatan Tentera Malaysia menembak mati kumpulan tentera kononnya dari Kesultanan Sulu. Malangnya, rundingan cara Malaysia berjaya, tiada tembak-menembak.

Anwar juga telah menghubungi wartawan asing khususnya dari Singapura dan Australi, CNN, AlJazeera, BBC, krew TV dari Singapura. Anda boleh lihat mereka di bandar Lahad Datu sekarang. Namun, rancangan Anwar gagal.

Satu perkara yang menguatkan kita ialah, rakyat Malaysia menentang campurtangan begini. Rakyat Malaysia menentang kehadiran Xenophon MP Bebas dari Australia.

ORANG CINA LAHAD DATU

DI Lahad Datu, khabarnya orang Cina lari dan meninggalkan bandar tersebut. Orang-orang Cina sangat memerlukan bisnes, nyawa, wang dan ekonomi. Angkara Anwar mencaturkan semua ini, orang-orang Cina di Lahad Datu sangat marah kepada Anwar. Bagi mereka, Anwar telah memusnahkan bisnes mereka, menyusahkan hidup mereka, menggadai nyawa mereka dan merosakkan perniagaan mereka.

Nampaknya, Anwar Ibrahim, The New Huguan Siou (ditabalkan oleh PKR Ranau) , salah percaturan di Sabah.

Anwar masih berfikir seperti dulu, iaitu, orang-orang Sabah, YB-YB Sabah senang dibeli, murah dibeli. Betulkah wahai orang-orang Sabah?

Krew MyMassa masih berada di Sabah. Artikel berkaitan akan menyusul...






ANWAR LIWAT LAGI?

Posted: 22 Feb 2013 05:39 AM PST



Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau Jumaat.


Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al-Hayat.

Noorin memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 26 April ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan nota prosiding.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710