Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Cucu Tok Selampit

$
0
0

Cucu Tok Selampit


YB @khalidsamad Pasti Sakit Jantung Dengan Sambutan Rakyat Shah Alam Kepada Ceramah YB Datuk @zulkiflinordin

Posted: 22 Feb 2013 06:46 AM PST

Datuk Dr Hassan Ali tidak dapat datang ke Seksyen 9, Shah Alam kerana keuzuran. Namun kehadiran anak didik Datuk Dr Hassan Ali, mantan Ketua Pemuda PAS Shah Alam yang juga ahli PAS seumur hidup cukup bertenaga memberi ceramah mengantikan Datuk Dr Hassan Ali. Ribuan warga Shah Alam menjadi sepi dan khusyuk apabila YB Datuk Zulkifli Nordin mengambil alih pentas ceramah.

Tanpa treler mewah, tanpa gula-gula, tanpa sebarang promosi, namun ianya tidak kehadiran warga Shah Alam ke tempat ceramah. Sayugia diingatkan warga Seksyen 9, Shah Alam, yang dikenali sebagai warga elit, yang dikenali amat susah untuk hadir ke ceramah-ceramah politik. Malam ini CTS sebak. Sebak dengan komitmen yang ditunjukkan oleh warga Shah Alam dan juga sebak dengan ceramah penuh keinsafan daripada Datuk Zulkifli Nordin. Semoga iltizam Rakyat Shah Alam ini akan diterjemahkan kepada undi kepada Barisan Nasional.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Anwar PM Ke 7 - Masuk Bakul Angkat Sendiri Pak Syeikh Oii!

Posted: 22 Feb 2013 01:30 AM PST


Ini Huguon Siou Malaysia sudah banyak tidak betul dengan otaknya. Kegilaan untuk menjadi Perdana Menteri begitu ketara. Agak-agaklah menyuruh juak-juak budak pembancuh kopi suruhannya untuk mencetak placard memuji dirinya sendiri dan mengangkat beliau menjadi Perdana Menteri Ke 7. Konon-kononnya ini memberi persepsi bahawa beliau sudah bersedia diangkat menjadi Perdana Menteri oleh Rakyat Malaysia. Ini orang pun ada. Sendiri bikin placard, sendiri suruh penyokong pegang di ceramah sendiri, sendiri ambil gambar untuk syok sendiri, ini kes masuk bakul angkat sendiri lor. Ini orang kalau selepas PRU13 kalah teruk, CTS tidak terkejut kalau beliau dimasukkan ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Gila meroyan sangat dah ni!

"Kopi Pra Campuran 5 In 1" Najib Razak? Kempen Apakah Ini?

Posted: 21 Feb 2013 11:20 PM PST


CTS amat setuju bahawa kempen dan promosi amat perlu. Namun setiap kempen dan promosi terutama untuk Perdana Menteri DS Najib Tun Razak perlu ada limit dan batasannya. Jangan kempen yang dijalankan akan merendahkan dan memalukan imej DS Najib Tun Razak sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia. Siapa punya idea bodoh ini meletakkan gambar, "trademark" I Love PM dan lambang parti di atas kopi pra campuran 5 dalam 1? 

"Jabatan Publisiti" Perdana Menteri ini nampak seperti desperado dengan tindakan  yang agak melucukan dan kelihatan amat bodoh ini. Saya yakin majoriti penyokong Kerajaan sekalipun tidak bersetuju dengan promosi sebegini. Barisan Nasional tidak perlu mencontohi mentaliti murahan pembangkang dengan mengadakan promosi murahan. Rekod perkhidmatan DS Najib Tun Razak "speak for itself"! Bila terdesak dan tidak menggunakan otak inilah jadinya

Dulu Nik Aziz Kata Perokok Adalah Haiwan, Sekarang Dia Kata Pulak Penerima BR1M Adalah Ayam Dan Lembu

Posted: 21 Feb 2013 05:59 PM PST


Sekembalinya Menteri Besar Kelatan Nik Aziz Nik Mat daripada umrah, Nik Aziz menghina penerima BR1M dengan berkata pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranyanya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari. Kata beliau dengan merujuk kepada penerima BR1M,


‎"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. "

Analoginya mudah:

Penerima BR1M = Orang kurang pendapatan.
Penerima BR1M = Haiwan ayam dan lembu (ikut kata Nik Aziz)
# Orang kurang pendapatan = Haiwan ayam dan lembu

Wow, macam tu sekali perumpamaanNik Aziz terhadap golongan berpendapatan di bawah RM3,000 yang menerima BR1M!


Nik Aziz pernah mengemparkan negara dengan cakap-cakap lepas beliau. Sebelum ini Nik Aziz pernah menganggap perokok sebagai haiwan. Untuk orang UMNO dan Barisan Nasional mungkin tidak kisah dengan cakap-cakap beliau ini. Bagi orang PAS pula, mereka kena mengambil berat isu ini. CTS tidak pasti berapa ramai orang PAS bertaraf "haiwan" kerana merokok dan berapa ramai pulak yang jadi "ayam dan lembu" kerana mengambil BR1M daripada Kerajaan Barisan Nasional.

Seperti kata Nik Aziz sendiri, "Celako, Celako, Celako!"


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>