Taipingmali (tm) |
- Hasil negeri gawat, Pas kian terdesak
- Ikrar Integriti Pilihan Raya
- Penyokong PAS Terima BR1M Lebih Hina Dari Lembu Dan Ayam – Nik Aziz
Hasil negeri gawat, Pas kian terdesak Posted: 21 Feb 2013 05:37 PM PST TUNTUTAN RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ?cuci mangkuk? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik Pedu, menunjukkan Pas Kedah cukup terdesak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, menyifatkan kenyataan Azizan - yang menjadi menteri besar sejak 2008 - sebagai amat tidak logik dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi dari segi hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan. Namun Pas Kedah tidak mempedulikan sama ada tindakannya disifatkan mengugut, tidak wajar atau pelik kerana perbuatan di luar kewarasan seperti merosakkan alam sekitar dan menggondolkan hutan yang terletak hanya 100 meter dari tasik sudah pun dilaksanakan walaupun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Meskipun tuntutan itu membuktikan kewangan negeri tenat atau berisiko muflis namun sungguh melucukan apabila papan-papan tanda menyatakan pendapatan negeri mencecah hingga berbilion ringgit dipacak di merata tempat sebagai propaganda. ?Malah satu papan tanda besar dipacak di depan rumah ayah saya di Jalan Anak Bukit berdekatan lapangan terbang yang mengatakan pendapatan negeri mencapai berbilion ringgit, tetapi sebenarnya angka-angka yang dinyatakan adalah pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menarik pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP)," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Hakikatnya, hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus apabila hutang awam dilaporkan berjumlah RM2.6 bilion setakat Disember 2011 dan hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil pula sebanyak RM330 juta. Kata Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang, hutang Kuin pula perlu mula dilangsaikan hujung tahun ini sebanyak RM49.2 juta setahun dan jumlah itu merupakan penambahan kepada bajet defisit RM1.1 bilion bagi 2013 berbanding anggaran hasil RM640 juta. Kewangan negeri menjadi lebih tenat apabila sasaran hasil RM640 juta itu iaitu peningkatan RM105.6 juta daripada hasil premium tanah dan bayaran jualan air mentah kepada Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan apabila negeri berkenaan telah menolak jualan sumber air itu. Lebih menyedihkan ekonomi Kedah di bawah Pas seolah-olah tidak bergerak malahan kadar kemasukan pelaburan asing dalam tempoh empat tahun di bawah pentadbiran Pas hanya RM10 bilion. (Angka itu bermakna setahun antara RM2 hingga RM3 bilion sahaja). Sedangkan, pentadbiran BN pada 2007 berjaya membawa RM14 bilion FDI hanya dalam satu tahun! - bayangkan perbezaan cukup ketara yang memberi manfaat kepada rakyat. Pada Januari hingga Oktober 2012, kemasukan FDI dan pelaburan langsung domestik negeri (DDI) negeri terus merosot kepada hanya RM373.3 juta, menjadikan Kedah terjatuh dari tangga kelima pada 2007 ke tangga ke-11 ketika ini berbanding negeri lain. Kerajaan negeri tiada idea baharu yang kreatif untuk melonjakkan hasil pendapatan negeri melainkan menebang balak dan menjual air hingga tidak menarik minat pelabur menanam modal dalam bidang industri, perkilangan dan pembuatan. ?Walaupun memiliki sedikit kelayakan dari segi akademik tetapi rata-rata pemimpin kerajaan negeri tiada pengalaman mentadbir untuk meningkatkan hasil," kata bekas Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Datuk Wira Dr. Mohd. Shariff Abu Samah yang juga pengkaji dan pakar dalam pentadbiran awam negeri. Justeru, katanya, rakyat perlu membuat pilihan tepat memilih kerajaan negeri pada pilihan raya umum kelak bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri diteruskan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana dirancang oleh BN. Ia termasuk mendapat nikmat daripada rancangan mewujudkan hab perindustrian baharu yang menyerupai Taman Perindustrian Tinggi Kulim (KHTP), Bandar Getah di Utara Kedah dengan kerjasama kerajaan Thailand yang menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri berkaitan bidang aeroangkasa dan pembinaan pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) syarikat-syarikat antarabangsa, sektor pembuatan dan perkilangan kluster, pertanian berteknologi tinggi juga akan dibangunkan di Changlon jika BN mentadbir. Apa yang penting, isu pokok iaitu pokok balak dan alam sekitar tidak lagi berlarutan jika sumber kekayaan negeri berjaya dijana dan dipelbagaikan untuk meningkatkan hasil bumi jelapang padi ini. UTUSAN PENULIS adalah Ketua Biro Kedah, |
Posted: 21 Feb 2013 05:00 AM PST PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Perdana Menteri menandatangani ikrar tersebut sambil disaksikan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdul dan Presiden Transperancy International (Malaysia) (TI-M), Datuk Paul Low. Yang turut hadir pada majlis serba ringkas itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN. ''Apabila nama calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 diumumkan, saya akan pastikan mereka menandatangani ikrar tersebut. ''Calon-calon dari parti komponen BN sudah melalui proses saringan SPRM dan adalah sesuai untuk mereka mengambil komitmen menandatangani ikrar integriti untuk pilihan raya yang bersih dan adil," katanya di sini. Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab memenuhi ikrar tersebut terletak di atas bahu mereka yang telah menurunkan tandatangan. ''Dan adalah menjadi hak rakyat untuk memastikan wakil rakyat terbabit berpegang kepada akujanji yang telah dibuat, justeru itu, marilah kita bekerjasama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya," katanya. Maklumat terperinci berhubung akujanji itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang TI-M. Orang ramai akan bertanggungjawab menjadi mata dan telinga untuk memantau kepatuhan wakil rakyat masing-masing memenuhi piawaian itu. Maklum balas boleh disalurkan menerusi akaun Facebook calon atau Twitter wakil rakyat terbabit. Ikrar Integriti yang digerakkan TI-M adalah kontrak sosial yang ditandatangani secara sukarela oleh mana-mana calon yang akan bertanding pada PRU kelak. Antara lain calon akan berikrar mengangkat integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti di peringkat negeri dan persekutuan serta menegakkan kedaulatan undang-undang. Sementara itu, Paul ketika bercakap kepada pemberita berkata, pelaksanaan ikrar tersebut membolehkan rakyat memantau pemimpin yang benar-benar mematuhi prinsip dan berintegriti. ''Langkah ini akan menggalakkan rakyat untuk mengambil tahu tingkah laku serta perbuatan individu yang telah menandatangani ikrar malah rakyat juga boleh berkomunikasi dengan mereka,'' katanya. Katanya, Malaysia adalah negara pertama dalam kalangan komuniti TI yang menandatangani ikrar tersebut sekali gus menjadi contoh kepada usaha memerangi rasuah yang dimulakan di peringkat atasan. ''Kami gembira kerana Datuk Seri Najib secara personal komited menandatangani komitmen beliau sendiri terhadap ikrar ini,'' katanya. Menurut Paul, pihaknya akan menggalakkan semua calon tanpa mengira parti untuk menandatangani ikrar tersebut bagi melihat sejauh mana komitmen mereka dalam mengangkat integriti dan ketelusan. Setakat ini 20 individu telah menandatangani ikrar yang dibuat secara sukarela tanpa ada kaitan dengan kerajaan atau mana-mana parti politik.
|
Penyokong PAS Terima BR1M Lebih Hina Dari Lembu Dan Ayam – Nik Aziz Posted: 21 Feb 2013 03:25 AM PST Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah. Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan. Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, "Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil." Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga. Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat. Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka. Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M? Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk berbuat demikian. Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan sebagainya. Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan. Menyediakan wang tunai 'percuma' kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan. Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat. Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang. Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti. Adajuga yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi. Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak. Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M. Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan. Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya. Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu. Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu. Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara. Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya. Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri. Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa pula? Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam. |
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |