BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Siti Saleha pamer pangkal dada dalam Cosmopolitan
- Sepasang kekasih bertelanjang bulat antara dicekup !
- (Gambar) Foto-foto yang 'naikkan nafsu' penyokong pembangkang
- Nik Aziz samakan penerima bantuan kewangan seperti haiwan
- Jui Meng bengang Karpal sangsi keahlian PKRnya
- DAP jangan mimpi terajui Malaysia, Hadi beri jaminan!
- Pahrolrazi 'gelabah' dituduh cuba gulingkan Azizan
- Mutu pengadilan Liga Malaysia teruk - TMJ
- Blogger Seks, Vivian Lee mahu pecah rekod lakukan aksi 'gangbang' pula!
- Zalif Sidek 'berbogel' kerana Rafidah Ibrahim?
- 'Suami' dakwa Azlyn Massiela 'sakit dan hilang ingatan'
- Fizz Fairuz bohong...saya bukan isteri orang - Azlyn Massiela
- Kalimah Allah: PKR dan DAP sama taraf jahil ilmu agamanya
- Kerusi Pandan: MCA gugur Tee Keat?
- 11 Dun desak Azizan berundur
(Gambar) Siti Saleha pamer pangkal dada dalam Cosmopolitan Posted: 21 Feb 2013 03:31 PM PST ![]() Sebelum ini, Siti Saleha pernah dikatakan bercium di dalam filem terbarunya, Kerat 14 namun beliau tidak cepat melatah. Bergandingan bersama pelakon baru, Ali Arami, Saleha menerusi filem berkenaan menggalas watak sebagai Nurzara. "Memang sekilas pandang, babak itu kelihatan seperti bercium, namun kami bukan cium betul-betul. "Pada mulanya, saya pun teragak-agak untuk menjayakannya dan pengarah terpaksa mengambil beberapa 'shot' untuk mendapatkan 'scene' itu. Sertai survey ini dan pelbagai hadiah menarik dari SAYS menanti anda! 15,000 Malaysians needed for this survey. Quick, participate to win cool prizes! | ||
Sepasang kekasih bertelanjang bulat antara dicekup ! Posted: 21 Feb 2013 04:30 AM PST
Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, dalam serbuan yang bermula jam 9.30 malam itu, sejumlah 30 warga asing diperiksa di premis tersebut yang dijadikan rumah sewa. "Sebanyak 14 orang ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu memasuki negara ini tanpa permit yang sah. Seorang wanita warga Vietnam dipercayai memiliki dokumen perjalanan palsu," katanya. Menurutnya, ada antara warga asing itu, bertindak menyembunyikan diri di belakang pintu bilik dan di dalam tandas ketika serbuan. "Semasa pemeriksaan juga, kami menjumpai dua pasangan kekasih, dua wanita Vietnam dan Indonesia bersama pasangan warga Bangladesh di dalam bilik masing-masing dalam keadaan yang mencurigakan," katanya. James berkata, pihaknya mendapati kediaman berkenaan telah lama disewakan kepada warga asing. "Kami akan mendapatkan maklumat pemilik rumah yang disewakan untuk tindakan lanjut," katanya. Menurutnya, pemilik premis atau rumah diingatkan tidak melindungi Pati kerana jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) iaitu membenarkan Pati memasuki atau tinggal di dalam premis boleh ditangkap dan dikenakan hukuman denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000. Kesemua mereka termasuk tiga wanita yang berusia antara 20 hingga 45 tahun yang ditahan itu dihantar ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks KDN Jalan Duta untuk tindakan lanjut. | ||
(Gambar) Foto-foto yang 'naikkan nafsu' penyokong pembangkang Posted: 21 Feb 2013 01:02 AM PST Nampak gayanya, suasana politik dalam Malaysia ini masih belum berubah. Walaupun diperingkat atasan (ditampuk kepimpinan) mempunyai sedikit perubahan cara berpolitik yang agak matang, tetapi sayang, penyokong-penyokong ditahap pecacai masih belum dapat menilainya dengan baik. Golongan-golongan jenis ini, kalau boleh, mereka tidak mahu langsung pemimpin mereka ada sedikit pertalian, waima silaturrahim sekalipun dengan pemimpin BN. Punya la singkat pemikiran dan dangkal pengetahuan berpolitik. Sebelum ini, tersebar beberapa keping gambar yang menyaksikan beberapa orang pemimpin PAS yang dilihat berbual-bual bersama dengan pemimpin-pemimpin BN di satu majlis rasmi. Nafsu amarah penyokong-penyokong pembangkang ini tiba-tiba melonjak naik, memaki hamun perbuatan pemimpin kesayangan mereka. Ianya sudah cukup mencerminkan budaya politik yang amat jijik dari kalangan mereka. Silaturrahim mahu diputuskan..nak jadi apa la depa ni.. Bukankah manis kalau sentiasa begini..: ) | ||
Nik Aziz samakan penerima bantuan kewangan seperti haiwan Posted: 20 Feb 2013 11:15 PM PST KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu. Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari. Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia. Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. | ||
Jui Meng bengang Karpal sangsi keahlian PKRnya Posted: 20 Feb 2013 11:01 PM PST KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng dikatakan sangat kecewa dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana secara terbuka menyokong Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau. Jui Meng dilaporkan kecewa dengan tindakan Karpal menyokong Cheng Hau berhubung isu membabitkan pengagihan kerusi pakatan pembangkang di Johor untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 antara DAP dengan PKR. Menurut portal propembangkang Malaysiakini yang memetik akhbar China Press, kekecewaan itu bertambah kerana Karpal menggesa kepimpinan PKR Pusat memulakan siasatan terhadapnya. Jui Meng yang keluar daripada MCA untuk menyertai PKR pada Julai 2009 turut sedih kerana Karpal mempersoalkan keahliannya dalam MCA. "Saya telah berkata ketika saya bersama MCA bahawa sekiranya UMNO tidak berubah, MCA akan keluar Barisan Nasional (BN). Akhirnya, saya keluar MCA untuk menjaga kepercayaan politik saya dan juga untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dilucutkan anugerah Datuk kepada saya. Utusan | ||
DAP jangan mimpi terajui Malaysia, Hadi beri jaminan! Posted: 20 Feb 2013 10:45 PM PST KUALA TERENGGANU – Pas berkeyakinan penuh rakan sekutunya, DAP tidak akan menerajui tampuk pemerintahan negara sekalipun parti itu menang kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyifatkan dakwaan bahawa DAP akan menguasai pentadbiran kerajaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada pilihan raya kali ini, hanyalah propaganda untuk menakutkan rakyat khususnya kaum Melayu. Secara umumnya beliau dilihat seolah-olah menggambarkan bilangan kerusi yang diperuntukkan kepada DAP juga jelas menunjukkan parti itu belum berkelayakan untuk mendominasi kerajaan PR kelak. "(Rakyat) ditakut-takutkan sekiranya Barisan Nasioal (BN) kalah, Malaysia diambil alih oleh DAP. DAP bertanding 50 daripada 222 kerusi (Parlimen). Kalau menang habis pun tidak boleh perintah Malaysia. "Di Terengganu, tiada satu pun kerusi DAP. Di Terengganu (majoriti) Melayu Islam. Kalau Umno kalah, Pas menang. Kalau Pas kalah, Umno menang," katanya ketika berucap di Pulau Bahagia, di sini, malam kelmarin. Sementara itu, beliau turut menegaskan kerjasama Pas-DAP berbeza sama sekali dengan gabungan parti kerajaan, iaitu Umno, MCA, MIC dan Gerakan. Beliau menjelaskan, kerjasama Pas-DAP masih ada batasan kerana Pas tegas atas prinsip perjuangan parti dan mengehadkan batasan tertentu, tidak seperti parti pemerintah. "Kita berjaya bincang dengan bukan Islam daripada DAP dan PKR yang sanggup bersama kita. Kita tidak jual dasar, perangai dan akhlak kita. "Ini tidak serupa kerjasama Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan. Mereka hilang jati diri dan kuasa politik," katanya. Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga berkata, Umno gagal mentadbir negara, sambil membandingkannya dengan negara China. Menurut Abdul Hadi, walaupun ditadbir oleh kerajaan komunis, China berjaya meletakkan republik itu setanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun. | ||
Pahrolrazi 'gelabah' dituduh cuba gulingkan Azizan Posted: 20 Feb 2013 10:15 PM PST ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menyifatkan kenyataannya dalam sebuah akhbar arus perdana semalam, dimanipulasi sehingga memberi gambaran beliau mahukan jawatan Menteri Besar jika Pas terus menerajui Kedah. Katanya, kenyataan itu dibuat berdasarkan kepada kefahaman penulis terbabit tanpa mendapatkan penjelasannya. "Saya tidak beri kenyataan itu pada akhbar berkenaan, sebaliknya kata-kata saya itu dipetik dari wawancara bersama Astro Awani. Mereka hanya siarkan beberapa petikan. Ingin saya perjelaskan, maksud sebenar saya dalam konteks sekarang, Menteri Besar perlu jalankan urusan negeri seperti kenderaan dalam lebuh raya, iaitu pantas," katanya pada sidang media, di rumahnya, semalam. Phahrolrazi berkata, dia tidak berniat menyindir sesiapa apatah lagi Menteri Besar, apa yang dimaksudkan ialah pergerakan parti harus pantas untuk bersaing dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Kena buat keputusan cepat, macam kelajuan kereta enjin enam silinder dan kereta itu tak boleh lagi bergantung enjin tiga silinder. Itu maksud saya dalam mencirikan tugas Menteri Besar, bukan tuju sesiapa," katanya. Mengulas kenyataan beliau yang melahirkan kesediaan secara terbuka menggalas jawatan Menteri Besar jika parti itu mengekalkan tampuk pemerintahan, Phahrolrazi berkata, maksud beliau itu disalah erti. "Bersedia ni.. macam kita kata bersedia jadi calon jika terpilih. Atau jadi Exco bila diminta parti. Sama dengan bersedia jadi Menteri Besar jika dipilih. Bukan saya minta jawatan itu," katanya. Menurutnya, kenyataan itu juga bagi menggambarkan bahawa ada kalangan ahli Pas Kedah bersedia pikul amanah dan tugas Menteri Besar, dan rakyat tidak perlu bimbang berhubung ketandusan pelapis. "Bersedia berbeza dengan minta. Ini juga bagi menunjukkan keyakinan pada rakyat untuk kembali memerintah. Jika kata saya bersedia nak jadi Perdana Menteri? Pasti tidak sebab di luar keupayaan saya," katanya. Ditanya dakwaan pihak tertentu mengaitkan dirinya dalang protes sekumpulan ahli Pas semalam, Phahrolrazi yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah berkata, ianya hanya persepsi dan tidak perlu dilayan. "Dalam politik macam-macam andaian atau persepsi berlaku, ianya tidak dapat dielak. Analisa dibuat berbeza satu sama lain maka timbul banyak andaian sebab kefahaman berbeza. Ini yang mewarnai dunia politik kita," katanya. Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, beliau tidak melatah dengan dakwaan itu malah percaya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak terpedaya laporan akhbar terbabit. "Tadi saya jumpa Azizan dalam mesyuarat Exco, kami berlawak seperti biasa dan beliau tidak pula bertanyakan hal itu. Mungkin beliau tahu maksud saya yang sebenar. Kami ahli politik beza pendapat biasalah, tetapi banyak juga sependapat. Yang dibangkitkan tentu isu kami yang tak sependapat," katanya. Phahrolrazi yang sebelum ini pernah 'berperang' dengan Azizan kerana enggan dilantik semula jawatan Exco awal tahun lalu ekoran kecewa dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Azizan menyelesaikan isu pentadbiran, mengesahkan beliau akan hadir pada majlis angkat sumpah Exco hari ini. "Ya saya akan hadir kali ini (angkat sumpah jawatan)," katanya. | ||
Mutu pengadilan Liga Malaysia teruk - TMJ Posted: 20 Feb 2013 10:01 PM PST PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berpuas hati dan kesal dengan mutu pengadilan bola sepak tanah air sejak bermulanya kancah Liga Malaysia musim ini. Selepas sekian lama bersabar melihat kualiti sistem pengadilan di atas padang, tidak kira pada perlawanan melibatkan dua pasukan dari Harimau Selatan mahupun negeri-negeri lain, beliau tampil bersuara seterusnya mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya bertindak segera. Beliau yang juga Tunku Mahkota Johor berkata, musim baru Liga Malaysia kini lebih kompetitif kerana semua pasukan saling bersaing untuk meraih kemenangan, namun mengakui standard sistem pengadilan di atas padang amat mengecewakan. Katanya, PBNJ bersedia untuk mengemukakan bukti dalam bentuk rakaman dan surat rasmi kepada FAM bagi membincangkan seterusnya mencari keputusan dan penyelesaian melibatkan isu berkenaan. "Saya ingin menyuarakan perihal kualiti sistem pengadilan bola sepak di negara ini tidak hanya pada malam ini (kelmarin), tetapi sejak mula musim ini. "Bukan sahaja perlawanan melibatkan pasukan dari Johor, tetapi perlawanan-perlawanan lain seperti ATM menentang Selangor serta Kelantan dan Johor Darul Takzim," kata Tunku Ismail. | ||
Blogger Seks, Vivian Lee mahu pecah rekod lakukan aksi 'gangbang' pula! Posted: 20 Feb 2013 08:31 PM PST Alvin Tan dan Vivian Lee seperti yang dikenali adalah Sex Blogger yang terkenal setelah memuatnaik video aksi seks mereka ke Thumblr (Alvivi.Tumblr.com). Website tersebut kini telah pun disekat dan tidak lagi boleh diakses. Akses SINI untuk pledge CNY Setelah itu, mereka muncul pula di Youtube dan melalui laman tersebut, mereka banyak berbicara mengenai kegiatan tidak bermoral mereka itu. Kali ini, Vivian mahu membuat kejutan baru. Dalam akaun Facebook, beliau telah memuatnaik gambar yang memaparkan satu 'nazar', jika beliau mendapat 1 juta like untuk fan pagesnya itu, beliau mahu memecahkan rekod Annabel Chong. Tulisnya: My dream (if I get 1 million "Likes") 我的理想(若我得到一百万个"赞") Cita-cita saya (jikalau saya mendapat 1 juta "Suka") Untuk rekod, Annabel Chong adalah seorang pelakon filem lucah Amerika kelahiran Singapura. Pada 19 Januari, 1995, di usia 22 tahun, Annabel menjadi terkenal apabila berjaya melakukan aksi seks sebanyak 251 kali bersama 69 orang lelaki dalam masa 10 jam. Aksi tersebut telah dinobatkan sebagai The World's Biggest Gang Bang. -Wikipedia Alvin and Vivian– Alvivi post here. Namun begitu, setelah mendapat 'galakan' yang luar biasa, Vivian mengatakan ianya hanyalah satu gurauan.... 25,000 Pledges needed to bring joy and happiness to these charity homes. Pledge NOW! #5PillarOfHappi... In conjunction of Chinese New Year, for every pledge, PETRONAS will help contribute to 6 charity homes. Pledge now to make a difference today. | ||
Zalif Sidek 'berbogel' kerana Rafidah Ibrahim? Posted: 20 Feb 2013 07:31 PM PST JIKA sebelum ini pelakon merangkap vokalis kumpulan Handy Black, Zul Suphian pernah tampil berani berbogel menerusi produk lakonannya seperti filem Mantra dan Keramat, kali ini giliran pelakon yang sedang meningkat naik, Zalif Sidek untuk mencuba formula yang sama. Cuma, perihal yang dilakukan Zalif atau nama sebenarnya Mohd Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, 27, kali ini tidak seberani Zul kerana katanya, babak dalam filem Pada Suatu Cinta Dahulu yang akan memasuki pawagam pada 21 Februari itu hanyalah separuh bogel saja. Zalif yang memegang watak sebagai Rudy merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang melalui fasa-fasa meningkat remaja dan terlibat dalam aktiviti pergaduhan di sekolah. Salah satu babak pergaduhan menuntut Zalif dibogelkan oleh sekumpulan samseng sekolahnya kemudiannya diikat di tiang bendera selepas dibogelkan dan hanya bertutup sehelai kain bercorak 'smiley' bahagian bawah perutnya. Sebelum ini Zalif juga pernah beraksi berani membuka baju menerusi filem Hantu Dalam Botol Kicap yang digandingkan bersama pelakon muda, Mikail Andre tahun lalu. Mengulas mengenai perkara itu, Kosmo! yang turut menghadiri malam gala tayangan perdana filem Pada Suatu Cinta Dahulu di Cathay Cineleisure E@Curve, Mutiara Damansara pada malam Isnin lalu mendapatkan penjelasan lanjut daripada pelakon yang mula terkenal melalui filem Papa I Love You itu. Kosmo!: Naskhah kali ini menampilkan Zalif dalam versi sedikit berbeza daripada sebelum ini dan menuntut keberanian untuk tampil separuh bogel. Komen anda? ZALIF: Lebih kurang 70 peratus babak saya dalam filem Pada Suatu Cinta Dahulu memerlukan saya tidak berpakaian sebenarnya. Saya sudah bersedia untuk dikritik atas tindakan ini namun pengalaman ini merupakan yang pertama dan terakhir saya. Selepas ini saya tidak akan mengulangi babak tidak berpakaian lagi. Apa yang mendorong Zalif untuk menerima watak dan cabaran ini? Tiada pelakon yang berani terima cabaran seperti ini dan kebetulan saya mahu mencuba sesuatu yang berbeza daripada yang pernah saya lakukan sebelum ini. Lagipun, filem ini berkisar kehidupan pelajar sekolah yang terlibat dengan kejadian buli sehingga dibogelkan di hadapan kawan-kawan. Zalif tidak kisah dikritik dan dikecam selepas ini? Saya tidak kisah dikritik kerana saya menjalankan tugas saya sebagai seorang pelakon. Saya bukannya berbogel sepenuhnya sehingga menampakkan bahagian anggota badan yang tidak sepatutnya. Untuk babak itu saya melipat seluar pendek saya hingga atas paras paha dan ditutup dengan kain di hadapannya sehingga menampakkan seolah-olah saya berbogel. Tapi sebenarnya saya separuh bogel. Adakah Zalif cuba membuktikan sesuatu kepada bekas teman rapat anda, Fida menerusi aksi begini? Tidak sama sekali. Filem ini menjalani penggambaran sekitar pertengahan tahun lalu sebelum kami mulai rapat. Babak itu tiada kena mengena dengan dia (Fida). Berbicara mengenai Fida, bagaimana perkembangan hubungan Zalif dan dia sekarang? Saya dan dia sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Kontroversi yang timbul membuatkan saya mengambil keputusan untuk berundur diri terutama kes orang ketiga yang sampai ke hari ini saya buntu dan gagal bertemu jawapan. Dia juga semakin menjauhkan diri daripada saya. Masih berhubung dengan Fida selepas keluar kenyataan Fida diserang teman wanita Zalif? Kami masih berhubung dan jika bertemu saya akan menegur dia. Cuma kami sudah jarang berhubung menerusi telefon sekerap dahulu. Baru-baru ini saya ada menyampaikan ucapan takziah atas kehilangan ayah pengurus peribadinya. Saya juga ingin jelaskan di sini bahawa kami hanya berkawan rapat sebelum ini dan belum sampai tahap bercinta. Adakah Zalif sudah bertemu seseorang yang mungkin boleh disifatkan sebagai seorang kekasih? Belum. Saya masih belum berjumpa dengan orang lain buat masa sekarang. Keutamaan saya adalah kerjaya dan ini perkara utama yang ingin saya kejar buat masa sekarang. Pihak Metrowealth juga tidak menghalang saya untuk bercinta atau berkahwin. Asalkan saya tidak mengabaikan tugas saya sebagai seorang anak seni. Kosmo! | ||
'Suami' dakwa Azlyn Massiela 'sakit dan hilang ingatan' Posted: 20 Feb 2013 06:31 PM PST Hari ini melalui Harian Metro, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), menyatakan yang Fizz Fairuz tidak bersalah berkisar pertunangan secara senyapnya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela. Fizz mengetahui tentang perkahwinan tersebut dari kawan kepada adik Azlyn Massiela empat hari selepas pertunangan, lantas memutuskan pertunangannya Ahad lalu. Lelaki berkenaan berkata: Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang 'sakit' selepas lapan bulan hilang ingatan. Ramli yang berusia 40-an mendakwa, Azlyn bertindak demikian kerana kesunyian akibat kurang perhatian dari dirinya yang sering sibuk dengan perniagaan dan jarang meluangkan masa dengan Azlyn kerana tidak mahu perkahwinan mereka diketahui isteri pertamanya. Dia hanya berjumpa Azlyn beberapa kali dalam sebulan. Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). Ramli menambah, perkahwinan mereka tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama dalam negara, tetapi Azlyn masih isterinya yang sah. Ramli turut menyatakan yang dia menyediakan nafkah, tempat tinggal dan kenderaan untuk Azlyn, malah wanita itu turut menggunakan telefon bimbit miliknya untuk membuat temu janji dengan Fizz. Ramli tidak menyalahkan Fizz langsung tentang apa yang terjadi, dan dia meminta masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz. Begitu pula ceritanya dari pihak usahawan yang mendakwa suami Azlyn. Nah, sekarang terserah pada anda untuk membuat penilaian. | ||
Fizz Fairuz bohong...saya bukan isteri orang - Azlyn Massiela Posted: 20 Feb 2013 06:05 PM PST ![]() Azlyn, 26 dikatakan bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan. Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakanp, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz). Menurut Azlyn , Fizz bukan hanya berjumpa dengan keluarganya pada hari pertunangan, tetapi dia telah diperkenalkan oleh Azlyn kepada ayahnya lebih awal memandangkan Azlyn anak bongsu yang rapat dengan ayahnya. Malah, menurut Azlyn, Fizz turut diperkenalkan dengan ibu saudaranya yang tinggal di Australia. Jika anda ingin mendapatkan berita lanjut, sila dapatkan naskhah Berita Harian anda hari ini. ![]() Semakin berbelit nampaknya kisah Fizz Fairuz-Almy Nadia- Azlyn Massiela ini. Berat juga pertuduhan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak, namun tidak dapat dipastikan siapa yang bercakap benar. Yang nyata, Almy Nadia menyatakan awal-awal lagi yang dia tidak mahu masuk campur dalam kemelut ini. Satu tindakan yang bijak. | ||
Kalimah Allah: PKR dan DAP sama taraf jahil ilmu agamanya Posted: 20 Feb 2013 05:31 PM PST KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyelar kenyataan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang mahu terjemahan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu sambil menyifatkan parti itu 'sama taraf' dengan DAP tentang pengetahuan agama dan akidah. Dengan nada tegas, Harun sekali lagi meminta PKR dan DAP agar menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu yang memutuskan kalimah Allah tidak dibenarkan kepada penganut agama lain termasuk dalam Bible versi Bahasa Melayu. Badan tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah. Bagaimanapun Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata Pakatan Rakyat sudah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya PAS yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura Ulama yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja. "PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama," kata Harun kepada Antarapos. Beliau diminta mengulas Fuziah yang menolak pendirian entiti tertinggi PAS itu selain turut menyokong desakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng agar penganut Kristian di Semenanjung dibenarkan menggunakan Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah. Menurut Fuziah, adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah. "Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya," kata beliau. "Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,' katanya. "Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar," katanya. Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan tidak menghina Islam. Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setakat ini Abdul Hadi belum mengemukakan pendirian Majlis Syura Ulama itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Karpal mahu Majlis Syura Ulama mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan. Antarapos | ||
Kerusi Pandan: MCA gugur Tee Keat? Posted: 20 Feb 2013 05:15 PM PST KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu "calon boleh menang" bertanding di kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Soi Lek berkata, walaupun belum ada keputusan rasmi berhubung calon tersebut, beliau telah menerima senarai nama calon yang diyakini boleh menang di kerusi Pandan. Menurutnya, memandangkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) juga semakin kuat, hanya calon boleh menang mampu memenangi kawasan Pandan selain memerlukan sokongan parti komponen, rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "MCA juga menetapkan calon tersebut haruslah terdiri daripada orang muda, berpengalaman dan pertengahan umur agar segala kekuatan yang ada pada calon itu dapat digembeleng sama ada tenaga dan idea untuk kemenangan parti. "Malah, BN mempunyai struktur sejak 50 tahun pemerintahan dan MCA berpendirian kriteria tersebut mampu membawa kemenangan kepada parti,"k atanya semasa sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka MCA Bahagian Pandan di Pandan Jaya di sini, hari ini. Soi Lek mendedahkan Ketua Biro Guaman MCA Bahagian Pandan, Gary Lim Chin Yee sebagai "calon boleh menang" di kerusi Parlimen Pandan setelah menerima nama calon tersebut daripada MCA bahagian itu. Ahli Parlimen Pandan sekarang ialah Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga bekas Presiden MCA dan bekas Menteri Pengangkutan. Pakatan Rakyat akan menurunkan Pengarah Eksekutif PKR, Rafizi Ramli. Soi Lek berkata, Gary harus diberi pertimbangan oleh parti sewajarnya setelah beliau difahamkan telah bekerja kuat untuk parti sejak satahun yang lalu. Tetapi bila ditanya kedudukan Tee Keat, Soi Lek berkata, beliau tidak disokong oleh MCA Bahagian dan parti mahukan calon yang diterima dari akar umbi. "Bagaimanapun, nama calon belum dimuktamadkan dan saya bergantung kepada senarai nama yang akan diberi oleh MCA bahagian. "Tetapi jika Tee Keat mahu bertanding secara bebas, itu terpulang kepadanya dan tidak memberi ancaman kepada MCA. "Bagaimanapun, saya tiada kuasa untuk mengumumkan nama calon sekarang kecuali Perdana Menteri," katanya. | ||
Posted: 20 Feb 2013 05:00 PM PST ![]() ALOR SETAR - Sebelas Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu. Ketua Unit Peti Undi (UPU) Pas Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota Pas tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa. "Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya Pas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek Pas Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini. Asri mendakwa antara 11 Dun yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas. Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama Pas Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya. "Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu Pas Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan Pas," kata Asri. Sementara itu Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh Pas. Beliau berkata bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka. "Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya. Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan. "Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan... setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |