Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


MB Kelantan @NikAbdulAziz Samakan Penerima BR1M Seperti Ayam dan Lembu - #GelombangMerah Makin Jelas Menggerunkan PAS !!!

Posted: 20 Feb 2013 09:24 PM PST





Sent from my iPad

YB @ZULKIFLINOORDIN Buat Artikel Khas Hari Maulid Beliau Bidas Majlis Maulid @NikAbdulAziz bersama Karpal Yang Hina Maulid Nabi !!!

Posted: 20 Feb 2013 07:27 PM PST


(Kata Datuk Nik Aziz, Muhammad Bin Abdullah (iaitu Rasulullah saw) semasa lahir serupa saperti Mat-Mat kampung lain sahaja)


(Datuk Nik Aziz memotong kek sempena menyambut hari lahirnya ke 82 dirumah Karpal Singh dihari kaum kristian memenuhi gereja di hari Ahad sewaktu perayaan Taipusam oleh kaum hindu!)

Salam 2 all.

Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis daripada Saidina Ali karamallah huwajhah, diriwayatkan oleh Al-Baihaqi iaitu:

"Nanti akan datang kepada manusia dalam waktu yang terdekat, suatu zaman dimana Islam tidak tinggal kecuali namanya sahaja, dan tidak tinggal pada Al Quran kecuali huruf dan tulisannnya sahaja. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk.

Ulama' mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada dibawah langit ini. Daripada mereka datangnya fitnah, dan kepada mereka kembalinya fitnah itu!".


Baca sepenuhnya artikel cukup berbisa di blog beliau 

http://zul4kulim.blogspot.com/2013/02/fitnah-maulid.html


Sent from my iPad

CELAKA CELAKA CELAKA Kamu @Fuziah99 Sokong @cmlimguaneng Kalimah Allah Dalam Bible Melayu !!!

Posted: 20 Feb 2013 06:39 PM PST





malay bible
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengeluarkan teks rasmi khutbah Jumaat yang menegaskan kalimah "Allah" tidak terdapat dalam Injil mahupun Taurat, serta mengingatkan umat Islam supaya menolak tuntutan penganut Kristian yang mahu menggunakan perkataan Arab itu di dalam kitab mereka.

Kenyataan JAKIM ini dilihat sama sekali bertentangan dengan pendapat oleh bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengatakan penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah "Allah" jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad.

"Pertama, sebelum kita nak bincang Bible tak Bible ni, simple je. Bila orang Kristian ni pi kata, pi sebut Al- Masih anak Allah. Bila? " tanya beliau seperti dilapor The Malaysian Insider 17 Januari lalu.

"Kelmarin dulu ka? Mula dengan geng Penang tu ka? Ataupun dah lama? Bila? Saya nak tanya, ada dak Yahudi dan Kristian di Madinah? Ada dak? Mereka hidup dak? Nabi benarkan tak mereka hidup?"

Teks khutbah hari ini mendakwa tujuan penganut Kristian membuat tuntutan dan usaha untuk menyebabkan umat Islam berpecah-belah serta tidak bersatu-padu.

"Hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah," tulis teks yang dikeluarkan JAKIM untuk dibacakan dalam khutbah Jumaat hari ini.

"Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka."

Malahan teks khutbah itu turut berkata kitab Injil yang menjadi rujukan kepada penganut Kristian tidak pernah merujuk tuhan mereka sebagai "Allah" sebaliknya menggunakan kata "The Lord".

"Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan berdasarkan kajian ilmiah bahawa kalimah Allah tidak pernah terdapat di dalam Taurat ataupun Bible," tulis teks tersebut lagi.

"Mereka percaya bahawa tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan ), God the Son (Anak Tuhan ) dan Holy Spirit (Roh kudus), dan ketiga eleman ini dirujuk sebagai satu tuhan dengan panggilan umum (The Lord)."

Dalam teks khutbah itu lagi, JAKIM berkata ketetapan supaya kalimah "Allah" hanya khusus untuk umat Islam ialah bagi mengelak berlaku kekeliruan dan tersilap tentang identiti tuhan mereka.

"Sikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya.

"Kerana matlamat mereka yang utama adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa agama adalah sama," kata teks khutbah yang ditulis JAKIM itu lagi.


http://www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/235491-jakim-tiada-kalimah-allah-dalam-injil-waspada-dengan-tuntutan-kristian.html




Panglima : Kenapa Asri Zainal Abidin menyokong kalimah Allah kepada bukan Islam juga? Jelas Asri memang selalu bawa fahaman songsang yang ditolak Majoriti Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Baca kisah ulama was-was oleh RBF di bawah

http://www.rbfonline.net/2012/09/dr-asri-zainul-abidin-ulama-was-was.html

Senarai kesesatan Asri Zainal Abidin klik link di bawah : 

http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/11/dr-asri-ajaran-sesat-penjenayah.html

Video Isu Air - Tolong Sebarkan

Posted: 20 Feb 2013 06:08 PM PST






Video ini juga menjawab tawaran Khalid Ibrahim (Selangor) sebanyak RM 9 billion untuk mengambil alih 4 Syarikat yang menguruskan air di Lembah Klang iaitu; Syabas, Abaass, Sg Semenyih dan SPLASH. Menurut penerangan video ini Tawaran tersebut tidak boleh  dibuat kerana ia menyalahi Perjanjian Konsesi yang ditandatangani oleh 4 Syarikat berkenaan. 

Selain itu dengan prasarana aset air yang maseh berada di bawah Kerajaan Selangor dan TIDAK DISELENGGARA dengan baik, maka tawaran sebanyak RM 9 billion itu sebenarnya sangat rendah dan tidak dapat menampung kembali kos pembangunan prasarana (CAPEX) dan  kos operasi (COPEX) sumber air dari empangan, logi rawatan, rumah takungan air, perpaipan, perawatan air , gaji pekerja, latihan sumber manusia  dan lain lain lagi.

Kerajaan Selangor sepatutnya tidak bermain Politics Of Hatred sehingga mengabaikan kepentingan dan HAK RAKYAT untuk mendapat air bersih (air terawat) dengan kadar tarif yang rendah (kerana disubsidikan oleh Kerajaan Pusat)

Sepatutnya Kerajaan Selangor mengikut langkah Pulau Pinang untuk menerima Pelan Penstrukturan Semula Air . Dalam proses Penstrukturan tersebut Pulau Pinang telah dapat mendapat kelebihan di mana aset dan pengurusan air diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan hutang sebanyak RM 655 juta telah dilupuskan.


Sumber : Anak Bukit Gantang

@Anwaribrahim mula tunjuk senjata sulitnya

Posted: 20 Feb 2013 05:56 PM PST

ANWAR KEHABISAN PELURU SERANG UMNO-BN

Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalan dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.

Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.

Maka apa saja isu yang boleh memberi 'political mileage' atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh.

Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda politiknya.

Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.

Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.

Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.

Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.

Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.

Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.

Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.

Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral dan tida mempunyai kredibiliti ini.

Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan.

Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah buruk.

Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tida bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.

Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.

Anwar dalang sebenar atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap.

Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan Kristian bertapak di Malaysia

Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.


ends
Kiriman Email

Tentera Maya Dedah Nama Hackers Dan Jantina Penggodam cc @PDRMsia

Posted: 20 Feb 2013 07:03 AM PST


Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana' yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.

Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro.

Menurut Prince Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber.

"Di kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, dia akan meneruskan perbuatannya selagi tidak dibendung," katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, lebih membimbangkan hampir kesemua laman agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.

"Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan untuk menceroboh laman terbabit menggunakan akaun pentadbir dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan jika dia mahu," jelasnya.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Saya jamin polis akan dapat mengesan suspek walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP) kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek," katanya ketika dihubungi.

Semalam, dua kenyataan palsu disiarkan dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'. - MyMetro



Sent from my iPad

Haron Din Perlu Tinggalkan Pas Kata @ZulkifliNordin Dan Ingatan Kepada Karpal Singh | AIDC

Posted: 20 Feb 2013 06:54 AM PST

Haron Din Perlu Tinggalkan Pas

SHAH ALAM – Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang latang bersuara menentangnya.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah.

Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas.

"Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.

"Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God.

Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.

Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin.

Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian.

"Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan," katanya.

Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, "Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang".

"Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.

"Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk Allah, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

"Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang," katanya – Sinar Harian

http://www.anwaraidc.com/?p=31875


Sent from my iPad

Undian Di Page FB PRU 13 Buktikan BN @NajibRazak Jauh Atasi PR @Anwaribrahim

Posted: 20 Feb 2013 06:45 AM PST

Sebarkan...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>