Cucu Tok Selampit |
- Ratusan Ribu Membanjiri Himpunan "We Love Tok Guru" Di Dataran Stadium Muhammad Ke IV
- Apa Cerita Banner DAPig Sambut Kepulangan @nikabdulaziz Dari Umrah?
- Eksklusif - Fitnah Gambar "Sabah Invade" Terbongkar!!!
- Gambar Keluarga Penyokong Pakatan Haram Paling Haprak Di Malaysia
Ratusan Ribu Membanjiri Himpunan "We Love Tok Guru" Di Dataran Stadium Muhammad Ke IV Posted: 20 Feb 2013 02:00 AM PST Tarikh: 20 Februari 2013. Masa: 12.00 tengahari. Tempat: Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV Program: Himpunan We Love Tok Guru Patutlah CTS tunggu dari tengah hari hingga ke petang, tidak ada satupun blog pembangkang yang menerima elaun RM3,000 sebulan dan akhbar portal nombor satu di dunia, Harakahdaily yang berani mengeluarkan dan mengemaskinikan gambar-gambar sambutan kepulangan Menteri Besar Kelantan dari umrah. Mana tidaknya, takkanlah mereka hendak memalukan Nik Aziz Nik Mat dengan gambar-gambar seperti di bawah? Yang datang adalah ratusan orang. Nak spin ambil gambar dari sudut manapun nampak sedikit. Kebanyakan yang hadir terdiri dari kaum muslimat. Banyak ini sajakah yang sayang Tok Guru? |
Apa Cerita Banner DAPig Sambut Kepulangan @nikabdulaziz Dari Umrah? Posted: 19 Feb 2013 11:30 PM PST Ini antara gelagat penyokong-penyokong PAS menyambut kepulangan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, daripada Mekah untuk menunaikan umrah, pagi tadi. Nampak gayanya tarbiyah Tok Guru supaya menyokong DAPig ternyata memberi kesan mendalam kepada penyokong-penyokongnya sehinggakan beliau balik dari umrah pun disambut dengan Roket dan bukannya Bulan. Sungguh taksub dan hadap sekali juak-juak PAS ini dengan DAPig ye? Oh ya, kalau tidak ada Roket bagaimana mahu ke Bulan ya Tok Guru? Tengah hari tadi pula berlangsung perhimpunan Kami Sayang Tok Guru di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Harakahdaily maupun laman sosial Facebook Menteri Besar Kelantan langsung tidak meletakkan gambar-gambar sambutan Rakyat Kelantan yang diberikan kepada Tok Guru. Mungkin sambutan Rakyat Kelantan amat mengecewakan kot sehingga Harakahdaily tidak sanggup memuat turunkan gambar-gambar di stadium. Namun seorang pembaca CTS ada mengirimkan sekeping gambar dari stadium seperti di bawah. Hanya ini sahajakah Rakyat Kelantan yang berhimpun untuk Menteri Besar mereka? |
Eksklusif - Fitnah Gambar "Sabah Invade" Terbongkar!!! Posted: 19 Feb 2013 09:14 PM PST Gambar di atas disebarkan oleh cybertrooper Pakatan Haram untuk menimbulkan suasana ketakutan penduduk tempatan di Negeri Sabah. Mereka turut mempersoalkan kesiapsiagaan pasukan keselamatan kita khususnya kapal selam milik negara. Ini sahajalah tahap "cywar" yang boleh dimainkan oleh blogger-blogger Zuraida "Mak Lampir" yang berharga RM3,000 sebulan. Lihat gambar lama yang asal di bawah yang diambil dari laman web MNLF iaitu www.mnlfnet.com. |
Gambar Keluarga Penyokong Pakatan Haram Paling Haprak Di Malaysia Posted: 19 Feb 2013 06:49 PM PST Kita boleh berbeza ideologi politik. Kita boleh berbeza parti dan menjadi mana-mana ahli politik serta menyertai mana-mana NGO yang sah berdaftar di Malaysia. Itu diperuntukkan oleh Perlembagaan. Kita boleh menukar Kerajaan sekiranya majoriti Rakyat mahukan sedemikian. Malah di Amerika Syarikat, parti Demokrat dan Republikan bersilih ganti menerajui Kerajaan semenjak sekian lama. Namun apakah kita mendengar setiap kali Kerajaan bertukar, nama negara turut berubah dan bendera negara turut berubah. Tidak pernah kan? Tindakan taksub penyokong-penyokong Pakatan Haram di dalam gambar di atas amat keterlaluan dan harus dipandang serius oleh pihak yang berkenaan terutama Kementerian Dalam Negeri. Tindakan menghina Jalur Gemilang dengan mempromosikan bendera baru sekiranya Pakatan Haram memerintah amat tidak boleh diterima akal. Malah lambang gengaman tangan seperti yang ditunjukan di dalam gambar di atas adalah sebahagian revolusi komunis untuk menjatuhkan Kerajaan secara kekerasan. Apakah ini saki baki keluarga yang masih tinggal di Malaysia yang berfahaman komunis? |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |