PEJUANG BANGSA |
- Hot ! Ustaz Kazim bersyukur bila difitnah dan dicerca pencacai Pas !!
- PANAS ! Harun Taib mengamuk lagi pasal kalimah Allah , tibai Puziah tak tau agama & akidah !!
- Hot !! Pencacai Pakatan kantoi menipu pasal tol tiada di Thailand !!
- Hot ! Giliran Ostazah Puziah PKR gadai kalimah Allah kepada Kristian
- Hot ! 15 ribu rakyat Padang Serai mai dengar ceramah Ostat Hairie !!
- Kalimah Allah : Haron Din kalau dah tahu ia salah, perlu keluar daripada PAS !!
- Hot ! Fizz Fairuz mungkin dah TERKENA sihir ??
- Hot ! Pensyarah ini malukan anak orang PAS persoal hak Melayu !!
- Hot ! Risalah strategi jahat Dap jika tawan Putrajaya tersebar !!
- Hot ! Manifesto Pakatan bukan janji untuk tipu rakyat dah siap !! @tunfaisal
- Anwar dengki insentif BR1M , fitnah Malaysia di ambang MUFLIS ! @dzainalabidin
Hot ! Ustaz Kazim bersyukur bila difitnah dan dicerca pencacai Pas !! Posted: 20 Feb 2013 08:10 AM PST Inilah nasib seorang Ustaz yang tidak menyokong perjuangan parti yang kata berjuang untuk Islam . Kena kutuk , maki , cerca ini seolah-olah sudah jadi kerja pencacai2 Pas dan ini berlaku kepada penceramah agama terkenal,Ustaz Kazim Elias. Apakah dengan cara maki kepada Ustaz yang ceramah Maulid nabi boleh bantu mereka menawan Putrajaya ? |
PANAS ! Harun Taib mengamuk lagi pasal kalimah Allah , tibai Puziah tak tau agama & akidah !! Posted: 20 Feb 2013 04:00 AM PST Kesian ulama PAS dalam Majlis Syura ..Bukan saja dihina & diperlekehkan oleh DAP , Melayu dalam PKR yang bertudung seperti Fuziah Salleh pun sama . Fuziah sudah tak ambil kira bab akidah & agama walaupun menampilkan imej muslimah , janji sokongan Kristian kepada Pakatan banyak bagi menumbangkan kerajaan UMNO /BN . Baik keluar saja daripada PAS daripada terus bersekongkol dengan puak2 yang sanggup syirik kepada Allah ini .. Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyelar kenyataan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang mahu terjemahan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu sambil menyifatkan parti itu 'sama taraf' dengan DAP tentang pengetahuan agama dan akidah. Dengan nada tegas, Harun sekali lagi meminta PKR dan DAP agar menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu yang memutuskan kalimah Allah tidak dibenarkan kepada penganut agama lain termasuk dalam Bible versi Bahasa Melayu. Badan tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah. Bagaimanapun Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata Pakatan Rakyat sudah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya PAS yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura Ulama yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja. "PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama," kata Harun kepada Antarapos. Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() Menurut Fuziah, adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah. "Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya," kata beliau. "Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,' katanya. Image may be NSFW. Clik here to view. Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan tidak menghina Islam. Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setakat ini Abdul Hadi belum mengemukakan pendirian Majlis Syura Ulama itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Karpal mahu Majlis Syura Ulama mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan.- ANTARA POS- |
Hot !! Pencacai Pakatan kantoi menipu pasal tol tiada di Thailand !! Posted: 20 Feb 2013 02:13 AM PST Salam. Saya baru sahaja mendapat balasan daripada King Jason, insan yang bertanggungjawab dalam menyebarkan persepsi mengenai toll di Thailand. Konon negara tersebut tidak langsung mempunyai toll. Dan balasan yang diterima oleh saya, membalas segala hujah saya mengenai jenis-jenis highway dan toll-toll di negara mereka, sungguh membuatkan saya geleng kepala. Kenyataan saya hanya dikerat separuh, sekadar pengenalan sahaja, bukannya sepenuhnya seolah-olah seperti takut untuk mendedahkan hujah-hujah saya. Pertama kita ulas dulu mengenai gambar yang diangkat oleh King Jason, konon katanya itu ialah gambar Shukumvit Road, kata mereka ialah lebuh raya yang terpanjang di Thailand tetapi... Shukumvit Road tak sampai pun 1000 kilometer macam dalam gambar yang dikongsikan oleh King Jason. Hanya dalam lingkungan 450 Kilo... Ada lagi satu... Sebenarnya itu bukannya gambar Shukumvit Road TETAPI gambar Bangkok-Chonburi Highway yang terkenal dalam mengecaj kadar toll yang tinggi kepada rakyatnya sejak dibina pada tahun 1998. Apa ni King Jason? Gambar pun dah kantoi... hahahaha... Kita kembali dengan dakwaannya, yang pertama, King Jason mengatakan bahawa tol di Thailand akan ditutup apabila modal membina toll berjaya dikutip semula. Benarkah? Boleh tak King Jason memberitahu saya mengenai Tol pertama di Thailand yang dibina pada tahun 1981 kalau tak silap saya, yang masih belum dimansuhkan? Dan untuk pengetahuan King Jason, lebuhraya di Thailand sangat teruk dengan jalan berlubang, menggunakan simen biasa untuk menurap jalan dan sebagainya. King Jason mempersoalkan kenapa Tol tidak ditutup di Malaysia? Dia mengatakan kos untuk membuat jalan raya di Malaysia sudah langsai, jadi apa gunanya TOL ini? Jom gelakkan sahabat kita ni. Hehehehehe... (jangan kuat sangat, malu dia nanti) Ada juga yang mempertikaikan Jalan di Thailand itu panjang... memang padanlah depa buat Tol. Malaysia ni kecik jer. Ehhh, nanti dulu ya sahabat, untuk pengetahuan anda, ada lebuhraya di Thailand yang sepanjang 15 Kilometer pun ada Tol tau... :) King Jason hanya bercakap mengenai Capex - Capital Expenditure (Perbelanjaan Modal) tetapi tutup mata untuk bercakap mengenai Opex - Operational Expenditure (Perbelanjaan Operasi). Meh sini nak ajar awak pasal OPEX ya sahabat... berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan oleh PLUS tahun 2010, di bawah ialah serba sedikit perbelanjaan pengurusan PLUS. Direct Operating Cost (mungkin termasuk pekerja, elektrik, minyak petrol, bahan/ alat untuk maintenance, etc): RM 991 Juta General & Administration Cost: RM 79 Juta Oleh itu jumlah OPEX PLUS pada tahun kewangan 2010 adalah RM1.07 Billion. Jumlah ini memberikan gambaran bahawa dalam masa 10-20 tahun sejak PLUS melengkapkan lebuhraya, kos operasinya melebihi dari jumlah kos asal aset. Jumlah yang dikira belum lagi mengambil kira kos memperbaiki jalan yang rosak kerana kemalangan, kos mengurus rumah-rumah rehat yang bercambah... King Jason bercakap lagi bahawa penswastaan itu diwujudkan untuk mengkayakan kroni? King Jason faham ke apa itu Dasar Penswastaan Negara? Penswastaan di Malaysia membawa erti syarikat dan agensi yang dulunya di bawa kerajaan telah diswastakan oleh kerajaan Malaysia. Dasar ini diwujudkan untuk meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju. Melalui dasar ini, kerajaan tidak perlu lagi meminjam wang dari luar kerana pelabur sendiri akan melabur dalam syarikat yang diswastakan. Lagi satu, kenapa King Jason tidak membuat perbandingan yang adil? Kenapa King Jason tidak menyentuh mengenai Cukai Jalan di Thailand yang merupakan yang tertinggi di Asia? Kenapa King Jason tak sentuh cukai jalan di Malaysia yang terendah di Asia Tenggara? Dan saya rasa tak adil membandingkan Lebuhraya Malaysia yang merupakan yang terbaik di Asia selepas Jepun dan China dengan Thailand. Sudah tentu kos pengurusan, kos pentadbiran, kos pembinaan tidak termasuk faedah berbeza. Kepada puak pembangkang, saya ada bukak Buku Jingga dan saya mendapati bahawa PR begitu teruja untuk menghapuskan TOL. Sedangkan sistem TOL di negara kita diadaptasikan daripada sistem tol di Jepun dan Amerika. Bukankah konsesi lebihraya ada tarikh luput untuk tamat kontrak? So bila kontrak dah tamat nanti, dah tentu tol akan terhapus. Sekarang ni pun ada bayaran tol tinggi telah dihapus oleh kerajaan sebab kontrak konsesi dah tamat. Hanya perlu bayar jumlah minimun bagi tujuan selenggara. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun pun menggunakan cara yang sama. Ada yang mengatakan, guna sahaja Wang Petronas itu, berbilion nak buat apa. Meh sini saya ketuk kepala anda. Pernah dengar Belanjawan Negara bukan? Itu ialah ke mana duit petronas yang merupakan salah satu daripada lubuk pendapatan negara pergi. Kita boleh tahu perbelanjaan kerajaan dengan meneliti belanjawan-belanjawan tersebut. Buka aje arkib negara punya laman web dan akan jumpa. Lagi satu, semuanya nak guna duit Petronas. Pendidikan percuma duit petronas, nak kasi wifi percuma kepada rakyat guna duit petronas. Senang cerita, semua janji SYURGA pakatan nak guna duit Petronas, habis tu Petronas nak guna duit apa? Duit cina mati? -HE- |
Hot ! Giliran Ostazah Puziah PKR gadai kalimah Allah kepada Kristian Posted: 20 Feb 2013 12:48 AM PST Naib Presiden PKR Fuziah Salleh hari ini secara terbuka menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu. Fuziah turut menyokong desakan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng yang mahukan penganut Krisitian di Semenanjung menggunakan Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah. Beliau mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah. "Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya," kata beliau. "Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,' katanya. "Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar," Fuziah memberitahu Antarapos. Pada 13 Januari lalu Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam. Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi setakat ini belum mengemukakan pendirian Majlis Syura itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Pengerusi DAP Karpal Singh berkata partinya mahu Majlis Syura mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan Rakyat. Beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim. Pendirian Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mengenai isu kalimah senada dengan pendirian DAP walaupun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berkata PKR menyokong keputusan Majlis Syura PAS. Bagaimanapun Azmin membayangkan pendirian Syura itu tidak akan diangkat untuk mengganti atau dijadikan tambahan kepada ketetapan Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu. Fuziah menegaskan kalimah Allah tidak pernah menjadi hak eksklusif umat Islam kerana digunakan sejak zaman Jahiliah. "Kalimah Allah ini telah digunakan oleh manusia daripada awal lagi..sebelum Islamnya datang," kata beliau. "Jadi kalau sebelum Islam datang orang-orang Arab Jahiliyah pun sudah guna perkataan Allah, jadi bagaimana boleh hina Islam?," tambah beliau. Fuziah berkata sekiranya Bible di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah, maka kelonggaran itu juga harus diberikan di Semenanjung. "Selama ini boleh digunakan di Sabah dan Sarawak. Kenapa ada dua peraturan berbeza di Malaysia. Jadi itu kena tanya kepada pihak pemerintah," kata beliau. Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak arahan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan Kristian akhbar The Herald daripada menggunakan kalimah Allah. KDN kini merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan. Penggunaan kalimah Allah menjadi modal politik untuk pembangkang, khususnya DAP dan PKR yang mensasarkan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. Kira-kira 40 peratus rakyat Sarawak dan 30 peratus rakyat Sabah adalah penganut Kristian yang menjadi harapan PKR dan DAP untuk memenangi sejumlah besar kerusi di dua negeri itu. |
Hot ! 15 ribu rakyat Padang Serai mai dengar ceramah Ostat Hairie !! Posted: 19 Feb 2013 11:21 PM PST GPB bila balik kampung di Lunas , Pdg Serai minggu lepas , bukan main berlambak lagi poster ceramah PR ditampal di seluruh parlimen berkenaan . Boleh dikatakan setiap minggu la akan ada ceramah fitnah dan menipu oleh barisan penceramah mereka . Bila GPB tanya kepada bapa saudara di kampung , beliau sendiri mengakui .. " La ni betoi memang banyak ceramah PKR kat Padang Serai .. sat di Taman Kuchai ,sat di Taman Lobak , Taman Mahsuri ..tapi sebenarnya tak ramai pun yang dok pi dengaq " katanya kepada GPB .. Kata-kata beliau memang benar ..bila gambar2 ceramah mereka disebarkan walaupun menampilkan Ostaz Hairie , ini membuktikan orang Pdg Serai yang majoritinya Melayu sudah muak dengan ceramah2 pembohong Pakatan ni . GPB juga mendapat khabar bahawa N Surendran , Naib Presiden PKR akan bertanding di Pdg Serai dan kini beliau sudah kerap turun berceramah di parlimen itu . Berapa agaknya yang mai dengaq ?? 150 orang pun payah nak dapat..haha |
Kalimah Allah : Haron Din kalau dah tahu ia salah, perlu keluar daripada PAS !! Posted: 19 Feb 2013 10:33 PM PST Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang latang bersuara menentangnya. Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah. Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas. "Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik. "Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God. Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya. Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin. Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian. "Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan," katanya. Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, "Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang". "Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan. "Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk Allah, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain. "Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang," katanya. |
Hot ! Fizz Fairuz mungkin dah TERKENA sihir ?? Posted: 19 Feb 2013 09:33 PM PST Selepas mengejutkan industri hiburan dengan kisa pertunangan dengan wanita lain selain daripada pelakon Almy Nadia pada minggu lalu, pelakon Fizz Fairuz terus mengundang kejutan apabila menyatakan bahawa dia sudah putus tunang dengan wanita yang didakwa sebagai isteri orang itu. Menurut laporan Harian Metro hari ini, pelakon yang bertunang pada 10 Februari lalu itu mengakui pertunangannya dengan wanita berusia 26 tahun itu hanya mampu bertahan selama seminggu saja. "Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka bahawa tunang saya itu adalah isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah diatur oleh bekas tunang sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya. Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini, Fizz mendakwa berkemungkinan besar dia terkena buatan orang. "Empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru saya tahu tunang saya itu isteri kedua kepada seorang usahawan yang berusia 40 tahun. Sebelum ini mereka telah bernikah di Thailand. "Khamis lalu, saya menerima kiriman SMS dari adik bekas tunang yang menceritakan status sebenar. Malah, saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu, Sabtu lalu. Lelaki itu telah mengesahkan kepada saya yang tunang saya itu adalah isteri keduanya dan perbincangan kami berdua diadakan secara baik," jelasnya. Dalam pada itu, pelakon drama Nur Kasih tersebut sudah memaklumkan kepada keluarga bekas tunangnya dengan menyuarakan hasrat untuk memutuskan tali pertunangan yang bertahan hanya seminggu saja. "Cukuplah, saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan dia. Saya mengenali wanita itu di satu lokasi penggambaran di ibu kota kira-kira setahun lalu. Sejak itu hubungan kami semakin rapat dan ia turut diketahui Almy Nadia. "Namun, sepanjang mengenalinya saya tidak tahu menahu tentang latar belakang keluarganya. Sedar-sedar saya sudah pun bertunang dengan dia. Saya hanya mengenali keluarganya ketika majlis itu berlangsung. "Saya sedar tindakan bertunang secara tergesa-gesa itu sudah tentu menyakitkan hati Almy. Kepada semua, saya minta maaf terutama sekali Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Inilah ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni," ujarnya. Menambah penjelasan, Fizz berasa pelik kerana sepanjang berkenalan dengan Almy selama tujuh tahun agak sukar untuk mengikat tali pertunangan tetapi tidak dengan wanita tersebut. "Sehari sebelum bertunang, saya seperti ditunjukkan petanda musibah apabila tangan saya melecur terkena air panas. Malah, dalam perjalanan ke Kuatan, kenderaan saya turut rosak. "Sebelum ke rumah wanita itu, saya memaklumkan kepada rakan-rakan tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati. Namun, apakan daya ia sudah pun berlaku. "Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. Saya mohon maaf kepada media kerana tidak menjawab panggilan sebelum ini disebabkan fikiran serabut," jelasnya panjang lebar. Sementara itu, Fizz memberitahu Almy pernah menyuruhnya berubat secara alternatif selepas menyaksikan keadaannya tidak terurus sejak berkenalan dengan wanita tersebut Komen GPB GPB merasakan hero Nur Kasih, Fizz Fairuz ini sudah terkena sihir dengan bini orang tu hingga dia boleh buat keputusan tergesa-gesa sungguh untuk melakukan majlis pertunangan yang mengejut Almy Nadia . Semoga bro tabah menghadapi dugaan ini ... kalau boleh bro try kembali balik kepada Almy Nadia..kalau dia terima , itu lah jodoh bro yang sebenar .. |
Hot ! Pensyarah ini malukan anak orang PAS persoal hak Melayu !! Posted: 19 Feb 2013 08:37 PM PST "Tuan Tak Abis Abis Dengan Hak Melayu Kita Orang Islam lah Mana Ada Hak Melayu, Semua nya Hak Allah" Di satu Kelas Seorang pensyarah sedang bersungguh sungguh memberi hujah berkenaan melayu dan hak hak melayu kepada sekumpulan pelajar universiti. Kata nya "kita sebagai Melayu hendak lah sentiasa mempertahan kan hak kita.di bumi malaysia ini sebagai tanah melayu, kita harus jaga dan pertahan kan kedaulatan nya sambil memperjuang kan hak kita" dan dia mahu menerus kan hujah nya, tiba tiba seorang murid mengangkat tangan dan mahu bercakap lalu di beri izin oleh sang pensyarah untuk bertanya. Maka pelajar itu pun berkata "tuan pensyarah ini asik asik hak melayu melayu , asik asik hak melayu kita islam la , mana ada melayu melayu ni, semua hak allah mana ada hak Melayu. Bumi negara ini semua hak Allah tak ada hak melayu melayu semua hak allah "Lalu pelajar itu pun duduk. Seluruh kelas terdiam sejenak ,mata memandang satu sama lain dan kemudian nya semua mata tertumpu kepada sang pensyarah , apa kah yang akan di jawap oleh si pensyarah ini kepada pelajar yang bertanya? . Pelajar yang pasti nya sudah di "brainwash" oleh para lebai nya kelihatan agak bangga dapat memerangkap sang pensyarah ."Melayu melayu ni semua permainan UMNO, padan muka tak dapat jawab" mungkin itu lah yang di kata nya dalam hati. Beberapa ketika kemudian sang pensyarah bertanya "kamu berasal dari mana?" , "saya dari Terengganu" jawap pelajar. "siapa yang ada di trengganu sana? Tanya nya lagi. 'ayah dan ibu saya lah siapa lagi". Terus pensyarah tanya lagi "mereka tinggal di rumah siapa?" "rumah ayah saya lah" jawap pelajar dengan selamba. Pensyarah kemudian berkata "baik lah pelajar semua esok kita akan ke rumah nya di Trengganu dan kita ambil rumah ayah nya untuk kita jadi kan kelas kita" kata Pensyarah. Pelajar itu bangun dan menjawap "mana boleh rumah itu ayah saya yang punya " pelanduk sudah masuk perangkap , Lantas sang pensyarah menjawap " eh tadi awak kata semua hak Allah macam mana boleh jadi hak ayah awak?' lalu terdiam lah pelajar itu.Pelajar yang lain semua ketawa. Maka sang lecturer terus berhujah "walau pun semua benda hak dan milik Allah tetapi Allah telah mengamanah kan kepada kita untuk menjaga nya, misal nya tanah melayu ini kita lah pemegang amanah nya (sambil jeling kepada pelajar tadi ) dan rumah ayah nya itu , ayah nya lah yang menjaga nya walau pun semua milik Allah. Masing masing telah di beri amanah untuk menjaga bahagian nya". Dan kelas pun di terus kan. sumber : brader Jai |
Hot ! Risalah strategi jahat Dap jika tawan Putrajaya tersebar !! Posted: 19 Feb 2013 07:29 PM PST Kalau benar la apa yang terkandung dalam risalah ini mengenai rancangan jahat Dap bila berjaya tawan Putrajaya bersama PKR dan Pas, orang Melayu harus sedar akan bahayanya undi Pakatan di PRU13 ini. Risalah ini bukan disebarkan blogger Umno tetapi blog macai Pakatan sendiri . Belum tawan putrajaya pun sekarang mereka dah tunjuk belang dengan pelbagai penghinaan mereka terhadap Melayu dan agama Islam, tak tahu la apa akan jadi bila dah berkuasa nanti. 1 undi kepada Pakatan membawa kehancuran orang Melayu dan Islam.. |
Hot ! Manifesto Pakatan bukan janji untuk tipu rakyat dah siap !! @tunfaisal Posted: 19 Feb 2013 05:30 PM PST Amboi dengar ayat bukan main hebat .. MAJLIS PRESIDEN PAKATAN RAKYAT dah bagi approve a.k.a green light untuk manifesto Pakatan Harapan Rakyat di PRU13 . Apa dia Majlis Presiden Pakatan ni ?? Nak buat negara ini Republik ka bila tawan Putrajaya dan Anuwar jadi Presiden ?? Ok apa yang GPB nak habaq kat sini..Rafizi Jambu and the geng dia nak siap Manifesto PR untuk menipu rakyat Malaysia nanti semasa PRU13 sepertimana dulu 2008 . Harus kita ingat ayat paling mahal pemimpin PR bernama Khalid Ibrahim kepada rakyat Selangor ialah " Manifesto Bukan Janji " .... Manifesto PR yang kononnya nanti angkat permasalahan rakyat sebenarnya adalah untuk menipu rakyat untuk mereka berkuasa ! Bagi mereka yang penting tawan Putrajaya dulu , setakat janji itu semua tak perlu dibuat pun tak pa . Kalau dah tahu manifesto Pakatan ini bukan janji dan tak perlu buat pun boleh ..buat apa nak sokong lagi ??Undi BN & Najib memang sah akan ditunaikan janji seperti dibuat dalam Bajet 2012 & 2013 . SELANGOR - Duit ibu tunggal di Selangor bila nak bagi ? PULAU PINANG - bila tol Sg Nyior nak hapus ?? |
Anwar dengki insentif BR1M , fitnah Malaysia di ambang MUFLIS ! @dzainalabidin Posted: 19 Feb 2013 04:20 PM PST - Tan Sri Muhyiddin menyifatkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya negara sedang diambang muflis ekoran tindakan kerajaan menyalurkan pelbagai insentif kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai satu pembohongan besar. Berucap pada majlis Himpunan Rakyat di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas di sini hari ini, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, dasar kewangan yang kukuh membolehkan kerajaan menambah hasil pendapatan sebelum menyalurkannya kepada rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan. - UTUSAN |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |