Belantan |
- Islam dipermainkan semata-mata mahukan KUASA?
- Apabila agama Islam dipermainkan, PAS diam membisu?
- Demonstrasi ibu tunggal kaum India bantah kerajaan PKR Selangor?
- Waspada! Melayu ‘ Sedang Dicaturkan’?
Islam dipermainkan semata-mata mahukan KUASA? Posted: 19 Feb 2013 07:20 PM PST ![]() Kita tengok Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang, DAP seorang perempuan, telah mencabuli tempat suci kita iaitu surau dan masjid. Dia naik Surau Al-Huda, memberi ceramah berdiri di saf pertama, imam pakai jubah, pakai serban duduk di sebelah tidak menegur apa-apa. Sedangkan dalam Islam, yang sebenar orang musyrik tidak boleh naik masjid. Pada dasarnya orang musyrik itu najis, maka tidak menghampiri masjidilharam selepas tahun ini, maka di dalam al-Quran disebut Masjidilharam, Allah Taala tidak menyebut masjid lain. Apabila tidak disebut masjid-masjid lain, maka berlaku selisih pendapat di kalangan ulama sebab ulama kata tak sebut masjid lain, maka mungkin masjid lain boleh naik. Ada ulama mengatakan boleh, tapi itupun bersyarat. Orang bukan Islam hendak naik masjid bersyarat kalau kita periksa syarat dia, ulama muktabar syaratnya sama, iaitu pertama, hendaklah dia itu menutup aurat, Ahli Parlimen Serdang ini tidak menutup aurat, ada juga pemimpin pakatan pembangkang memasuki pekarangan masjid dengan memakai skirt, yang kita hairan dan sedih ulama dalam Pas membiarkan perkara ini. Nie Ching berdiri di saf pertama, imam di sebelah tidak berbuat apa-apa. Dan kalau dia seorang perempuan mesti suci dari haid dan nifas. Suara Politik Belantan |
Apabila agama Islam dipermainkan, PAS diam membisu? Posted: 19 Feb 2013 11:02 AM PST ![]() Hari ini kita sudah mendengar DAP mempermainkan ayat al-Quran. Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran apabila berceramah, dia mengaku dia bagi salam. Sebahagian orang Melayu jawab salam dia, sebenarnya tak boleh jawab. Orang Islam tak boleh jawab salam orang kafir bukan Islam ini. Kalau kita tengok Rasulullah sendiri, bila orang Yahudi beri salam, Nabi senyap saja, kadang-kadang jawab itu pun Celaka ke atas kamu. Ini menunjukkan salam daripada orang bukan Islam kita tak boleh jawab. Hari ini, orang Islam yang mendengar ceramah Kor Ming menjawab salamnya. Kemudian Kor Ming mengaku dia seorang Kristian dan mengaku tahu surah Aura sedangkan tidak ada dalam al-Quran surah Aura, yang ada Surah Al-Araf. Maksud ayat - Sesungguhnya Allah menyuruh kepada keadilan dan ihsan", rupa-rupanya dia nak syarah parti kawan dia itu Keadilan. Dan hari ini dia seolah-olah menjadi tok guru, ulama, orang Melayu Islam ini jadi anak murid, sedangkan dia bukan Islam, berpusing dunia sudah terbalik, mempermain-mainkan ayat Allah. Adakah dia membaca itu kerana ikhlas, tidak. Dia membaca kerana ingin mendapat sokongan orang Melayu Islam. Suara Politik Belantan |
Demonstrasi ibu tunggal kaum India bantah kerajaan PKR Selangor? Posted: 19 Feb 2013 07:59 AM PST ![]() Lebih 500 golongan ibu tunggal kaum India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di sini hari ini mengadakan demonstrasi membantah kerajaan PKR Selangor kerana gagal memberi elaun kepada mereka seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12. Demonstrasi itu rentetan bantahan serupa beberapa kumpulan ibu tunggal di seluruh negeri Selangor termasuk yang mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor tahun lalu. Penyelaras Tuntutan Ibu Tunggal Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, hampir 50,000 golongan ibu tunggal diperdaya dan ditipu kerajaan PKR Selangor selepas gagal menerima elaun seperti dijanjikan. "Adalah jelas manifesto itu merupakan pembohongan dan hanya bertujuan meraih undi malah sehingga kini, tiada seorang ibu tunggal pun menikmati elaun berkenaan. "Bantahan hari ini merupakan satu lagi tanda kecewa dan kekesalan ibu tunggal terhadap sikap kerajaan PKR Selangor yang tidak menunaikan janji mereka," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Taklimat Tuntutan Elaun Ibu Tunggal Kaum India DUN Semenyih di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Beranang di sini. Yang hadir sama, Ketua Bahagian MIC Hulu Langat, Datuk S. Gopalakrishnan; Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Hulu Langat, Zainarini Mohd. Sidek dan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom. Menurut Johan, pihaknya akan terus memperjuangkan tuntutan elaun ibu tunggal itu dan yakin berada di pihak benar selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman serupa yang difailkan mereka sebelum ini. "Saya berharap semua ibu tunggal di negeri Selangor bangkit bagi menuntut hak mereka yang dimungkiri kerajaan negeri," katanya. Suara Politik Belantan |
Waspada! Melayu ‘ Sedang Dicaturkan’? Posted: 19 Feb 2013 02:29 AM PST Hidup matinya Melayu hari ini adalah tanggungjawab seluruh orang Melayu tanpa mengira aliran politik masing-masing. Hidup matinya Islam di Malaysia hari ini juga merupakan tanggungjawab seluruh orang Islam di negara ini tanpa mengira aliran atau ideologi politiknya. Melayu akhir-akhir ini berada di persimpangan yang amat menggerunkan. Melayu hari ini sedang duduk dalam satu dilema yang mengerikan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu makin terhakis? Atau benarkah ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda hari ini? Mungkinkah Melayu akan hilang di dunia? Kalau tidak, jenis Melayu yang bagaimanakah yang akan menghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayu sudah hancur, apabila Melayu sudah kehilangan kuasa? Ke manakah akhirnya perlawanan Melayu sesama Melayu ini? Mungkinkah akhirnya ialah Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan Melayu yang tidak peduli terhadap Melayu? Andaian ini boleh jadi mungkin, dan boleh jadi tidak. Yang lemah biasanya ditelan oleh yang gagah. Segala-galanya terserah kepada Melayu dan arah tuju serta matlamat perjuangannya. Perlu diingat, perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancurleburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah yang muncul menjadi benteng paling kuat dalam proses menghapuskan keganasan bersenjata komunis. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara. Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan bangsa Melayu dan budaya Melayu dalam Perlembagaan negara. Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab suci setiap umat Melayu untuk terus berjuang mengekal, dan lebih dari itu bagi meningkatkan perpaduan bangsa Melayu pada setiap masa. Perpaduan ini wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja. Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita memastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca. Untuk tidak kehilangan arah dan supaya tidak kehilangan punca, maka perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa "hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah." Jadi, pokoknya sekarang, biar berlaga ayam di reban, biar menendang kuda di kandang, namun adat wajib dijaga. Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. Yang nyata, Politik ekstremis Pas adalah berbahaya. Politik cauvanis DAP adalah suatu ancaman. Politik ketaksuban individu PKR adalah sesuatu yang sia-sia. Maka Pakatan Rakyat bakal mengundang kehancuran Melayu. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |