Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PISAU.NET

$
0
0

PISAU.NET


Punca Gigi Nik Aziz Tertanggal Di Kenal Pasti.

Posted: 22 Dec 2012 06:48 PM PST


Kerajaan Terengganu memberi E-book secara percuma kepada anak negeri,tetapi amat berbeza pendekatan kerajaan negeri berkebajikan Isle khawarij PAS Kelantan.

Negeri dibawah pemerintahan Nik Aziz ini lebih hebat kerana memberi E-coli secara percuma kepada setiap isi rumah disana:klik sini

Selepas membekalkan E-Coli ke setiap isi rumah di Kelantan secara percuma,PAS mengorak langkah sekali lagi..

Atas inisiatif dan perancangan komprehensif kerajaan Isla PAS Kelantan ,wang 600 juta yang diperuntukan untuk pembekalan air Kelantan membuahkan hasil.Kecanggihan sistem pembekalan air di Kelantan tidak ada di mana mana tempat didunia. Kelantan satu satunya negeri yang menyalurkan teh tarik dan kopi tarik melalui pili air.


Fakta dibawah adalah salah satu kemajuan yang berjaya dicapai oleh kerajaan Isle PAS Kelantan.
Ini satu lagi pencapaian yang baik.Moga Kelantan kekal dibawah pimpinan tok guru.
RAMAI yang mungkin tidak sedar. Selain tercemar dengan kandungan logam berat yang melebihi paras dibenarkan, air di Kelantan juga menjadi faktor masalah kereputan gigi dan gigi berlubang di negeri itu. Ia berikutan kurangnya sebatian fluorida dalam bekalan air. Maklumat ini bukan andaian tetapi fakta yang tidak dapat disanggah. Gejala kereputan gigi ini disebabkan hanya lima daripada 29 loji rawatan milik Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang mempunyai sistem pemfluoridaan atau 17.9 peratus.
Kelima-lima loji itu pula sering berdepan masalah penyelenggaraan, akhirnya menyebabkan ketiadaan fluorida dalam air terawat kepada orang ramai. Ia pencapaian terendah berbanding negeri lain di Malaysia yang mana kebanyakannya hampir mencecah 100 peratus.
Kementerian Kesihatan menetapkan julat kandungan florida dalam air 0.4 hingga 0.6 ppm. Malangnya, sejak 2006 sehingga kini, jumlah penduduk Kelantan yang menerima air terawat berflorida berkurangan.


Pisau kata " untung rakyat Kelantan"

DAP Better Settle Isu Nga-Ngeh: Anwar

Posted: 22 Dec 2012 01:30 PM PST

Gelagat Anwar- Anwar pun naik risau dengan isu yang melibtkan pemimpin DAP di Kelantan. Dalam pada Anwar dok sembang merata, kata Kerajaan PAS di Kelantan  adalah yang paling JUJUR, BERSIH, TIDAK KORUP, MAKSUM dan HEBAT -  rupa-rupanya ada juga kes orang DAP makan tanah di Kelantan.

Anwar sangat kecewa kerana beberapa proposal perniagaan yang dibawa oleh usahawan PKR di Kelantan – khususnya melibatkan pembangunan hartanah,  pembalakan, industri kecil dan sederhana di TOLAK bulat-bulat oleh  Kerajaan Negeri dengan pelbagai alasan. Tiba-tiba, rupa-rupanya ada deal lain yang telah berjaya dibuat oleh DAP.

Akhir-akhir ini, walaupun Anwar nampak senang hati dengan hubungan  PKR-DAP-PAS, tapi ianya tidak sama sekali mengenepikan kerisauan Anwar  bahawa ada isu-isu kecil yang akan merosakkan hubungan sesama mereka.

Dalam isu kerusi sebagai misal, Anwar sendiri maklum bahawa DAP memang  mampu menang di 3 kerusi Parlimen tambahan dan 10 kerusi DUN. Tapi isu  sekarang bukan soal mampu menang atau tidak. PKR mesti jadi taikor dalam Pakatan Rakyat. Kalau DAP tambah lagi 3 kerusi Parlimen dan 10 DUN -  PKR tak akan jadi TAIKOR. Sifir ini tak boleh diterima Anwar.

Mesej Anwar mudah sahaja. Apapun yang ingin dikatakan Guan Eng – DAP sudah tertinggal BAS. Sudah terlambat.

Dengan banyaknya isu KORUPSI yang dihadapi oleh DAP pada ketika ini, Anwar yakin DAP akan senyap.

Muhyiddin kata Nik Aziz 'bermulut celupar'

Posted: 22 Dec 2012 10:30 AM PST



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.
  
Muhyiddin berkata kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin PAS itu setiap kali menjelang pilihan raya.
  
"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.
  
Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin PAS itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.
  
"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.
  
Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan
memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin PAS," katanya.
  
Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.
  
"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya.


- Bernama

Pisau kata " moga Nik Aziz dimuziumkan satu hari nanti untuk dijadikan  sempadan generasi akan datang "

Tak Rela Lacurkan Isteri,Calon PAS PRU13 Tarik Diri

Posted: 22 Dec 2012 06:30 AM PST

Baru beberapa bulan menyertai PAS,Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman berasa menyesal. Penyesalan beliau kerana dipaksa melakukan bia'ah talak tiga untuk menjadi calon PRU13.

Sebelum ini PAS Larut membantah kerana Fauzi Shaari baru saja menyertai PAS,kemudian tak sampai 2 bulan namanya sudah tersenarai untuk menjadi calon parlimen PRU13 nanti.Nah sekarang PAS Larut YDP dan Ketua Pemudanya boleh lah melacurkan isteri untuk mengambil tempat Fauzi..


Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"

Kita semua tahu Nik Aziz dan Hj Hadi pernah menafikan mengenai kewujudan sumpah bia'ah talak tiga ini

Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009,
Menteri besar Kelantan berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum. 
"Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS. 
"Di Kelantan, isu bai'ah ini tak timbul langsung," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.
Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang,
"Tak payah (siasatan), tidak ada (bai'ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis," jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen. 
Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.
Benarlah sepertimana blog Pisau pernah dedahkan bahawa memang wujud skim bohsiakan isteri jika mahu menjadi calon PAS .


Sebenarnya apalah sangat dengan bia'ah talak tiga tu.. Allah,agama dan quran dilacur dan dipolitikan apalah sangat dengan isteri sendiri...


Video ini bukti Nik Aziz dan Hadi berbohong.. Oh..rupanya Mursidol Am khawarij ini mengajar pengikutnya cakap bohong..sebab tu berani bohong kes balak dan tanah...
 
Pisau kata " Isle PAS mengajar bagaimana nak melacurkan institusi keluarga.."

Kantoi Bohong,Akhirnya Ngeh Nga Mengaku,Tapi Kenapa Tuduh PAS Tikam Belakang?

Posted: 22 Dec 2012 04:30 AM PST

Pisau hairan kenapa Nik Aziz dan Kerajaan Negeri Kelantan bersilat berkuntau menafikan pemberian tanah tersebut kepada 2 beradik Ngeh Nga. Bukankah tanah tersebut dianugerahkan kepada  YIK(Yayasan Islam Kelantan) salah satu agensi kerajaan negeri yang mengadakan usahasama dengan Upayapadu Sdn Bhd. 


Ngeh dan Nga punyai pegangan saham syarikat Upayapadu Sdn Bhd yang mengadakan usahasama dengan kerajaan negeri Kelantan. Adakah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Nik Aziz tidak tahu menahu mengenai pindah milik ke tangan Ngeh dan Nga?


Setiausaha Akhbar Menteri Besar  memaklumkan pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.


Tukar hak milik tanpa melalui proses tender terbuka dan telus? YIK adalah salah satu agensi kerajaan negeri,apa keistimewaan Upayapadu yang syarikat lain tidak ada ?


Kenapa Guan Eng mendiamkan diri apabila membabitkan Ngeh dan Nga:Dr MiM persoalkan kenapa klik sini


IPOH - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.


ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur. 



"Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN," katanya pada sidang media di sini semalam. 



Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.



Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.-Bharian





Pisau kata " tanah milik yayasan Islam,tapi Ngeh dan Nga yang dapat... orang melayu PAS yang lain tak mampu nak buat kah projek ni hingga terpaksa bagi kat ngeh dan nga? Persoalan yang belum terjawap..kenapa Ngeh tuduh PAS tikam belakang?"

Mantan Presiden Gerakan Meninggal Dunia. Takziah.

Posted: 22 Dec 2012 03:54 AM PST


PETALING JAYA: Former Gerakan president Tun Dr Lim Keng Yaik passed away at his home in Tropicana here at 4.45pm on Saturday. He was 73.

The medical doctor-turned-politician became the Gerakan president in 1980.

Dr Lim began his political career in 1968 by joining the MCA. He subsequently contested in the Pekan Baru state seat in Perak in 1969 on an Alliance ticket, but lost.

In 1971, he became the chairman of Perak MCA but was expelled in 1973. In the same year, he joined Gerakan.

Dr Lim became the Ulu Kinta Gerakan division head the next year and moved up to become Perak Gerakan chief in 1974. In 1976, he became the party's deputy president. In July 1978, Lim resigned as senator and contested in the general elections and won the Jalong state seat in Perak.

In 1986, he contested and won the Beruas Parliament seat with a handsome margin and had held the seat until the 2004 elections when he retired from politics.

Dr Lim first joined the Cabinet when he was made Minister with Special Functions dealing with New Villages and Emergency work in 1972.

He held many ministerial positions with the last being the Energy, Water and Communications portfolio in 2004.

On Sept 2, 2005, at the Gerakan annual national delegates conference dinner, Dr Lim announced that he would be retiring as party leader on April 8, 2007, which was also his 68th birthday.

Lim retired from his Cabinet post shortly before the 2008 general election - The Star

Pisau kata " Takziah kepada keluarga mendiang"

Nga Kor Ming Ugut Dato Hamidah: Laporan Polis dibuat di Balai Polis Kg. Rapat

Posted: 22 Dec 2012 12:51 AM PST





Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato' Hamidah berjanji akan terus mendedahkan penyelewengan parti-parti pembangkang di negeri ini sekalipun beliau berdepan dengan pelbagai risiko yang mengancam keselamatan diri dan keluarganya.



Hamidah berkata, sudah tiba masanya beliau mendedahkan penyelewengan yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terus terpedaya dengan imej pembangkang yang kononnya suci, sifar rasuah, sifar kroni dan baik-baik belaka.


Beliau juga berkata, ugutan yang dibuat Adun Pantai Remis Nga Kor Ming terhadapnya rentetan pendedahan mengenai isu tanah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kelmarin tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus membongkar penyelewengan pihak pembangkang.


``Saya tidak akan patah semangat untuk terus membuat pembongkaran ini kerana rakyat perlu tahu apa yang mereka lakukan selama ini.


``Ini kerana pembangkang meletakkan diri mereka seolah-olah begitu suci, baik tetapi hakikat sebenarnya mereka itu lebih teruk daripada apa yang mereka gambarkan kepada BN,'' katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh pagi tadi.



Menurut Hamidah, beliau melihat Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham semakin tertekan apabila pendedahan berhubung isu Upaya Padu Plantation Sdn Bhd yang melibatkan kawasan tanah seluas 10,526 ekar di Relai Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan. 


``Malah maklum balas yang saya terima dikalangan Adun mereka menyuarakan sendiri kepada saya ketidak puashati mereka terhadap apa yang berlaku,'' ujarnya.


Hamidah juga menjelaskan dia membuat laporan polis hari ini adalah untuk mendapatkan perlindungan bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya apabila diugut sebegitu rupa.


``Mungkin kerana tertekan mereka ini akan melakukan sesuatu terhadap saya dan juga keluarga saya maka saya membuat laporan polis untuk mendapatkan perlindungan polis,'' katanya.
 

Dato' Hamidah Osman membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Ko Ming kerana membuat satu ugutan yang disifatkan sebagai mengancam diri dan keluarganya.


Menurut Hamidah, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang kemejanya lalu menuding jari dengan berkata ``You dedah (revealed) you watch out I will go after you''.


Beliau menganggap kata-kata Nga Kor Ming itu bentuk ugutan dan percaya Adun Pantai Remis itu akan membuat sesuatu yang buruk terhadap dirinya dan juga keluarganya.


Semasa sidang Dewan kelmarin, Adun Slim, Dato' Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Dato' Hamidah membuat pendedahan berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh Koo Ham.


Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi Upaya Padu yang mempunyai tanah 10,526 ekar dimiliki oleh Efektif Kirana Sdn Bhd dan Ngeh Koo Ham.


Efektif Kirana memegang saham 51 peratus bernilai RM16 juta dan Ngeh Ko Ham 40 peratus bernilai RM15 juta.
 

Dalam Efektif Kirana pula Ngeh Koo Ham memegang saham 99%, oleh itu syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. sebenarnya kepunyaan Ngeh Koo Ham.- SungaiRapat

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710