Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Cucu Tok Selampit

$
0
0

Cucu Tok Selampit


IOI Mall Boleh Banjir!!! Apa MB @Khalid_Ibrahim Buat Di Selangor?

Posted: 18 Feb 2013 03:53 AM PST









Apa sudah jadi dengan negeri Selangor. IOI Mall boleh banjir petang tadi. IOI Mall terletak di Puchong. Orang-orang Cina mempercayai Puchong adalah tempat di mana terletaknya hati naga (heart of the dragon). Sebab itu hartanah di Puchong memang amat disukai oleh Masyarakat Cina. Harganya melambung tinggi. Amat memalukan bagi bandar seperti Puchong akan banjir. Banjir yang sama pernah menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu. Banjir yang sama juga pernah melanda Kajang tahun lalu. Semua orang tahu, punca banjir-banjir kilat adalah kerana saliran longkang, parit dan sungai tidak diselengara dengan baik oleh pentadbiran DAPig, PGayR dan PAS. 

Menurut Hamidzun Khairuddin, Presiden GAPS dalam kenyataan beliau sebentar tadi, walaupun kerajaan pusat memberikan bantuan sebanyak lebih dari RM350 juta setahun dari peruntukan MARRIS kepada kerajaan Selangor setiap tahun, namun kerana kelekaan Menteri Besar bermain politik setiap hari menjadi nya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan. Peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk baiki jalan, selenggara parit, longkang dan sungai dibazirkan kepada projek MES yang menguntungkan kroni politik PGayR, DAPig dan PAS sahaja.

Betulkah Iklan Lucah Di Harakahdaily Berpunca Dari Virus Seperti Didakwa Ketua Pengarangnya?

Posted: 18 Feb 2013 12:33 AM PST


Sama ada kebetulan atau sengaja mengambil kesempatan, Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong hari ini mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa iklan kurang sopan yang masuk ke dalam akhbar portal berkenaan adalah disebabkan oleh "Virus"!!! Selepas beberapa bloggers mesra Kerajaan diserang (hack) akaun mereka seperti Pisau Kedah dan Dari KL Ke Kedah sejak beberapa hari lepas serta sistem e-akhbar dan e-press Jabatan Penerangan Malaysia digodam semalam dengan diletakkan berita PM DS Najib Tun Razak meletakkan jawatan, tiba-tiba Ketua Pengarang Harakahdaily bersuara mengenai isu yang sama. 

Isu iklan lucah di Harakahdaily bukannya bermula semalam malah sejak beberapa lama, berbulan malah bertahun. Malah ianya telah menjadi bahan sindiran dan bahan ketawa pembaca dan penulis blog. Agak dangkal dan tidak masuk akal sekiranya iklan-iklan lucah ini tidak dapat dibuang dan dihalang penyiarannya sejak dahulu. Virus hanya boleh melambatkan atau merosakkan sistem. Ianya tidak boleh meletakkan iklan di tempat yang agak strategik di dalam akhbar berkenaan. 

Kebanyakan iklan ubat kuat dan iklan berbau lucah ini kebanyakan adalah iklan tempatan dengan gambar Pak Lebai-Pak Lebai PAS. Adakah Ketua Pengarang Harakahdaily mahu pembacanya mempercayai bahawa iklan-iklan tersebut disebabkan "virus"??? Pembaca Harakahdaily mungkinlah boleh dibohong, kerana Pak Lebai-Pak Lebai PAS bukannya pandai sangat. Selalu kena tipu.

Bukti Bergambar PAS Sudah Bercelaru - Rasmi Cawangan Apartment Saujana Pun Oleh Elizaberth Wong

Posted: 17 Feb 2013 07:30 PM PST


Hebat dan bercelaru sungguh pemikiran pak lebai-pak lebai PAS. Tazkirah di masjid dipanggilnya amoi DAP sehingga sanggup dibiarkan memijak tempat umat-umat Islam bersujud. Habis pak-lebai-pak lebai PAS menghaguk-hanguk mendengar Ostajah baru bertazkirah. Timbul pula satu fenomena baru. Di Damansara Damai pula, untuk perasmian Cawangan PAS yang terbaru, Cawangan Apartment Saujana, sekali lagi amoi dipanggil. Kalau amoi ini tinggi akhlaknya tidak mengapalah. Ini dipanggilnya amoi yang anunya telah dilihat satu negara. Tidak ada orang lainkah yang boleh merasmikan Cawangan PAS ini melainkan amoi ini?

Tidak terasa tersinggung kah Pesuruhjaya PAS Selangor dan Timbalannya apabila anak buah sendiri memanggil seseorang yang bukan daripada kalangan ahli atau pemimpin PAS sendiri untuk merasmikan cawangan baru. Bukan sedikit pemimpin-pemimpin PAS di Selangor yang boleh dipanggil untuk merasmikan Cawangan itu kalau iapun Pesuruhjaya PAS Selangor dan Timbalannya amat sibuk. Ustaz Ismail Kamus ada, Ustaz Harun Din ada malah kalau YB Khalid Samad sendiripun merasmikannya masih dianggap sejuk mata memandang. Kenapalah YB Bukit Lanjan, YB Elizaberth Wong yang disanggapkan!!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710