PEJUANG BANGSA |
- Hot ! Pelajar sekolah mengaku jaja tubuh untuk 10 lelaki sehari !!
- Hot ! Nizar boleh lari malam bila baca berita ni !!
- Hot ! Pencacai Pas malu besar Piya dan Apek sokong TUKAR
- Anwar malu besar, akhbar Australia balun Xenophon sebagai bodoh !! !!
- Hot ! Pemimpin PKR tak tahu adab masuk rumah orang !!
- Halang projek rumah kos rendah , DAP memang nak halau orang Melayu !
- Hot ! Haron Din dimaki orang PAS kerana pertahan kalimah Allah !!
- Hot ! Video sebab utama Pakatan gagal tipu orang Melaka !! @mohd_ali_rustam
- GEMPAR ! 2 ubat kuat laris dibeli rakyat Malaysia di Selatan Thai !
Hot ! Pelajar sekolah mengaku jaja tubuh untuk 10 lelaki sehari !! Posted: 18 Feb 2013 08:47 AM PST Bermodalkan RM2 untuk melayari Internet yang sepatutnya digunakan untuk belanja harian persekolahan, remaja ini mampu meraih RM18,000 sebulan dengan hanya menggoda lelaki hidung belang yang dahagakan belaian mesra gadis bawah umur menerusi perkenalan di FB. Itu yang dilakukan Tina, 17, untuk hidup selesa dan mampu memakai pakaian berjenama, memiliki peralatan komunikasi canggih seperti anak orang kaya walaupun usianya ketika itu baru 13 tahun. Gadis berasal dari utara tanah air ini dapat hidup bebas selepas melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan menerima teguran dan leteran keluarga berikutan sikap liarnya. Peluang itu digunakan Tina untuk memanfaatkan persahabatan singkat dengan lelaki bekerja di tapak pembinaan dikenali secara on-line, Fendi, 20-an, dan sanggup mengambil risiko tinggal bersama lelaki itu selama lima bulan. Sanggup membelakangkan keluarga dan ponteng sekolah, tindakan Tina seolah-olah 'keluar kandang harimau, masuk mulut buaya' apabila rumah yang dihuninya turut menjadi 'port' lepak 10 lelaki setiap hari. "Saya pasti keluarga melaporkan kehilangan saya kepada polis, justeru Fendi menasihatkan supaya saya tak keluar dari rumah dan segala makan pakai saya diuruskannya. Sebagai balasan, saya memberikan layanan seks kepada Fendi. "Tiada paksaan ketika kali pertama melakukan hubungan luar nikah, malah kami sama-sama seronok. Tidak cukup dengan itu, saya memberi khidmat seks kepada rakan Fendi yang duduk serumah mahupun sekadar datang melepak di kediaman berkenaan. "Namun saya tak bodoh, sebaliknya layanan seks hanya akan diberi jika mereka setuju membayar. Paling banyak RM60, paling sedikit RM30. "Fendi yang kononnya kekasih saya ketika itu tak pernah melarang, bahkan lebih gembira kerana saya boleh memberinya wang untuk menampung makanannya," katanya kepada Metro Ahad. Menurut Tina, selama tempoh itu, dia tidak pernah keluar dari rumah berkenaan dan mampu melayan sekurang-kurangnya 10 lelaki setiap hari. Secara purata, gadis hingusan ini mampu meraih RM18,000 sebulan jika dia mengenakan bayaran RM60 satu sesi dan melayan 10 lelaki dalam sehari. Jika 'bekerja' berterusan selama 30 hari, Tina tiada masalah meraih pendapatan sebanyak itu. Selepas bosan selain memiliki sikap enggan dikongkong, Tina membuat keputusan keluar dari 'penjara ciptaan' itu dan menghubungi teman rapatnya bagi menemaninya membeli-belah menggunakan duit haram itu. Namun, kegembiraan untuk membeli barangan, pakaian, telefon bimbit berjenama berakhir apabila Tina bertembung dengan polis sebelum dibawa ke balai berdekatan. Pertemuan dengan keluarga yang menangisi kehilangannya di balai polis berkenaan gagal menimbulkan keinsafan di hati Tina, sebaliknya dia sibuk mencari jalan untuk lari semula selepas pergerakannya dikawal ketat. "Saya dikurung keluarga, namun saya lebih licik melarikan diri untuk kali kedua. Berbekalkan wang tabungan sebanyak RM500, saya melompat dari tingkat dua rumah dan nasib baik tidak cedera. "Kemudian, saya ke kafe siber membuka akaun FB dan berbual dengan mana-mana lelaki dengan berkesudahan mereka meminta saya menemani mereka. "Bertemu di lokasi ditetapkan, dengan penampilan menarik meskipun berusia 13 tahun, 'dating' ekspres itu pasti diakhiri di bilik hotel. "Sekali perkhidmatan, saya mengenakan bayaran maksimum RM60. Selalunya pelanggan tidak kira keturunan dan peringkat umur itu akan menempah bilik hotel sekurang-kurangnya tiga hari, jika perlu, mereka akan datang mendapatkan layanan saya. "Selepas habis tempoh itu, saya kembali ke kafe siber untuk mendapatkan pelanggan seterusnya. Perkara ini berlangsung hampir setahun sepanjang tempoh saya melarikan diri dari rumah," katanya yang ditemui di Baitul Islah, Bukit Beruntung, Selangor. Enggan menyalahkan sesiapa, Tina mengakui kehidupan mewah dijalaninya pernah satu ketika memberi kepuasan tersendiri, apatah lagi dia mampu memiliki barangan berjenama tanpa perlu mengharapkan wang daripada keluarga, yang sememangnya mustahil kerana dia dibesarkan dalam kehidupan serba-serbi tidak mencukupi. Malah, katanya, dia tidak memasuki pusat pemulihan itu dengan rela hati, sebaliknya dihantar keluarga selepas gagal mengawal tingkah laku liarnya. "Saya berada di sini hampir tiga tahun dan banyak ilmu agama saya pelajari. Syukur, saya masih diberi peluang untuk membaiki diri biarpun pernah terjerumus di lembah maksiat. "Namun, masih banyak perlu saya pelajari untuk mengenali Allah SWT. Saya juga belum kuat untuk keluar berdepan masyarakat, bimbang diri lemah ini kembali ke jalan salah," katanya mengakhiri perbualan. |
Hot ! Nizar boleh lari malam bila baca berita ni !! Posted: 18 Feb 2013 07:19 AM PST Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerima tamparan hebat apabila kira-kira 1,000 ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang diwakili beliau membatalkan keahlian mereka dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Kumpulan tersebut yang diketuai bekas Pengerusinya, S. Saravanan, 42, berbuat demikian setelah hilang kepercayaan kepada Pas dan Mohammad Nizar yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri. Menurut Saravanan, mereka nekad meninggalkan DHPP setelah merasa tertipu dengan pelbagai janji manis yang ditabur oleh Pas dan Mohammad Nizar. "Saya sudah bersama dengan Pas hampir lima tahun dan kami semua amat menderita kerana tidak ada satu pun permintaan kami seperti meminta kemudahan lampu jalan dan taman permainan dilayan oleh wakil rakyat. "Lebih menyakitkan hati apabila kami meminta peruntukan untuk mengadakan jamuan kecil tetapi kami dimarahi dengan alasan tiada sebarang peruntukan," katanya. Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir bersama beberapa bekas ahli DHPP DUN Pasir Panjang menyerahkan borang keahlian MIC kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di majlis Perhimpunan Jentera BN Parlimen Lumut di sini semalam. - UTUSAN Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130218/po_14/1000-ahli-kelab-penyokong-Pas-Pasir-Panjang-batal-keahlian#ixzz2LGKXYmta © Utusan Melayu (M) Bhd |
Hot ! Pencacai Pas malu besar Piya dan Apek sokong TUKAR Posted: 18 Feb 2013 05:30 AM PST Dalam masa pencacai2 Anwar dok seronok ketawa pasal "I love New PM " di rumah terbuka CNY Dong Zhong.....depa lupa lebih 15 ribu anak Kelantan di Lembah Klang hadir menyokong PM di pelancaran Gelombang TUKAR ! Antara penyokong kuat TUKAR ialah pasukan TRW yang mana disertai bintang merema kapten Piya dan Apek . Selain itu , artis2 yang hadir juga menyokong seperti Black dan Nash. |
Anwar malu besar, akhbar Australia balun Xenophon sebagai bodoh !! !! Posted: 18 Feb 2013 03:34 AM PST - Seorang pengulas kanan Australia menganggap senator bebas Nick Xenophon bertindak "bodoh atau sengaja mempromosi diri" berhubung episod di Malaysia hujung minggu lalu. Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan berkata tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah "bodoh dan tidak praktikal". Sheridan juga menuduh Xenophon "berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia - pihak pembangkang". Beliau berkata Menteri Luar Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara. "Carr tidak perlu mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan kemungkinan pun tidak," katanya. "Mereka (Malaysia) sepatutnya sama ada memberitahu Xenophon lebih awal yang beliau tidak diterima masuk atau sepatutnya membiarkan sahaja lawatan itu tanpa disedari. Bagaimanapun, apabila berdepan dengan ahli politik Australia yang mencampuri urusan politik negara dalam beberapa perkara akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah. "(tindakan) beliau boleh mencerminkan bahawa pihak yang beliau sokong mungkin mempunyai elemen paling kukuh sebagai parti Islam paling ekstrem dalam arus utama politik di Asia Tenggara," kata Sheridan. Memberi contoh masalah pilihan raya di Vietnam dan Kemboja, Sheridan berkata Malaysia dalam sudut apa sekalipun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara. "Pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi mereka lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia. "Malah, keterbukaannya membolehkan individu seperti Xenophon untuk menunjuk-nunjuk di sana". - BERNAMA |
Hot ! Pemimpin PKR tak tahu adab masuk rumah orang !! Posted: 17 Feb 2013 08:41 PM PST Ini lah masalah bila orang korparat elit lupa diri menjadi seorang wakil rakyat dan MB Pakatan . Bila turun padang ke rumah rakyat miskin , siap boleh pakai kasut mahal lagi tu dalam rumah mereka. GPB rasa pemimpin bukan Melayu dalam BN lebih tahu adab bila berkunjung ke rumah orang Melayu. Anwar tak bagi kursus ke kepada pemimpin elit Pkr seperti Khalid ni ? Kalau setakat slogan demi rakyat tapi tak ada adab buat apa jadi YB. |
Halang projek rumah kos rendah , DAP memang nak halau orang Melayu ! Posted: 17 Feb 2013 06:30 PM PST - Niat kerajaan DAP Pulau Pinang mengenakan pelbagai syarat tidak munasabah kepada syarikat pemaju yang mahu membina rumah kos rendah dilihat sebagai satu taktik halus untuk menghalau orang Melayu keluar dari negeri itu. Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri itu hanya berminat membina rumah kos mewah di Pulau Pinang yang tidak mampu untuk dibeli oleh kebanyakkan orang Melayu di situ. "Memang betul DAP ada niat tidak baik untuk menyukarkan proses bagi pembinaan rumah kos rendah di negeri itu. Sebenarnya, mereka memang tidak mahu bina rumah kos rendah," katanya ketika di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop semalam yang berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan berniat tidak baik apabila cuba menghalang pembangunan projek rumah kos rendah di negeri ini dengan meletakkan pelbagai syarat tidak munasabah bagi pembinaannya. Menurut Nor Mohamed, projek Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya tidak terkecuali apabila kerajaan negeri meletakkan syarat keterlaluan kepada JKP Sdn. Bhd. (JKP) yang mahu membangunkan 703 unit bangunan bercampur di atas tanah seluas 5.26 hektar yang dibeli sendiri JKP daripada pihak swasta. Lebih menyedihkan, Nor Mohamed berkata sebanyak RM12 juta dibelanjakan bagi tujuan pembelian tanah dan pembayaran pampasan, tetapi akhirnya kerajaan negeri meletakkan syarat mahu laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan 400 unit rumah kos rendah didirikan. Menurut Nor Mohamed, melalui projek Kampung Bagan Serai itu, JKP mahu membina rumah kos rendah yang akan dijual pada harga RM42,000 seunit, rumah teres dua tingkat dengan harga RM299,000 seunit dan rumah kedai pada harga RM129,000. Mohamed Razali berkata, pada dasarnya, tidak ada rumah kos rendah yang pernah dibina di negeri itu khusus untuk membantu rakyat golongan berpendapatan rendah memiliki rumah. Sebaliknya, kata beliau, rumah mampu milik juga berharga RM400,000 jadi amat mustahil bagi rakyat yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah sendiri. Komen GPB Kerajaan DAP kalau boleh memang tak mahu satu rumah kos rendah pun dibina di P.Pinang kerana niatnya memang nak halau orang Melayu dari negeri ini . Tanah Bayan Mutiara & Taman Manggis dijual itu semua adalah strategi halus kerajaan DAP yang orang Melayu yang kebanyakkannya tidak mampu membeli rumah ratusan ribu . Seperti kata bekas ahli DAP dalam satu ceramahnya , setiap hari bila bangun pagi & sebelum tidur ,dia dikehendaki memikirkan bagaimana cara nak halau orang Melayu daripada P.Pinang .. Itu lah cara pemikiran Zionis yang diterapkan dalam pemikirannya suatu ketika dulu yang kini sudah kembali ke pangkal jalan berjuang pertahankan agama , bangsa dan negara. |
Hot ! Haron Din dimaki orang PAS kerana pertahan kalimah Allah !! Posted: 17 Feb 2013 05:30 PM PST - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dalam ceramah di sebuah masjid di Taiping, Perak baru-baru ini sekali lagi menegaskan beliau akan mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhir hayatnya. Berikut adalah kenyataan beliau seperti dipetik daripada blog http://pi5au.blogspot.com dalam entri bertarikh 16 Februari lalu: ''...tetapi apa kesan kepada masyarakat? Orang Islam masih ada yang menyokong. Dia dengar saya agak bertegas sikit, mereka hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) maki saya... sempit fikiran, tak faham situasi, tak reti bahasa. Tak apa... tidak mengapa. ''Tetapi macam mana boleh kita terima? Apa tujuannya orang Kristian nak terjemah Bible mereka daripada 'god' kepada Allah? Apa tujuan mereka? ... |
Hot ! Video sebab utama Pakatan gagal tipu orang Melaka !! @mohd_ali_rustam Posted: 17 Feb 2013 04:30 PM PST GPB rasa menjelang PRU13 ini orang P.Pinang harus bijak dan mencontohi sikap rakyat Melaka . Ini kerana orang Melaka memang tak suka parti yang tidak buat kerja & hanya dok memfitnah je 24 jam . Itu yang hasrat PKR -PAS-DAP ingin menawan Melaka pada pilihan raya umum lalu & sebelum ini PRK Merlimau tewas. Hari ini mereka memasang angan-angan pulak di PRU ke 13 nanti dengan membuat pelbagai janji dan fitnah untuk mendapatkan sokongan. Ikuti video pemimpin No 1 Melaka yang cukup dibenci tokong DAP sampai lari ke Penang .. |
GEMPAR ! 2 ubat kuat laris dibeli rakyat Malaysia di Selatan Thai ! Posted: 17 Feb 2013 12:30 PM PST Kumpulan lelaki 'hidung belang' dari Malaysia dikatakan begitu berani mengambil pelbagai jenis ubat 'kuat' atas alasan kononnya untuk meningkatkan kemampuan nafsu seks masing-masing, tanpa mengambil kira faktor risiko terutama kesan sampingan terhadap kesihatan. Selain Viagra yang menjadi kebiasaan, kumpulan lelaki terbabit yang dikatakan sentiasa berulang-alik merentasi sempadan untuk berfoya-foya di pekan ini, turut mengambil pelbagai jenis pil kuat tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa kesihatan. Antaranya termasuk pil jenis caverta dan kagarma dari India, yang dikatakan paling mendapat sambutan, berbanding pil lain termasuk yang diimport daripada Amerika Syarikat (AS) atau China. Berdasarkan maklumat, kedua-dua jenis pil terbabit mendapat permintaan tinggi berikutan harganya yang murah iaitu antara RM10 dan RM15 sebiji, selain begitu mudah untuk diperoleh terutama di setiap farmasi yang terdapat di pekan ini. Malah, kesannya yang kuat turut memungkinkan pelanggan untuk memotong dua ubat terbabit bagi memaksimumkan penggunaan, sekali gus menambahkan lagi penjimatan terutama kos untuk 'berseronok'. Seorang pengusaha kedai farmasi yang hanya mahu dikenali sebagai Anit, 40, berkata hampir semua kedai ubat dan farmasi di pekan berkenaan membekalkan pil 'kuat' kerana ia mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan. Katanya, jika dibandingkan, pil ceverta dan kagarma paling laris bukan saja di kalangan anak muda, malah mereka yang turut berusia bertujuan memastikan `kepuasan' yang lebih ketika melakukan hubungan seks. "Kebanyakan pelanggan mengakui keberkesanan pil terbabit yang turut dikenali sebagai pil tahan lama, terutama dalam memanjangkan tempoh hubungan seks," katanya. Mengenai bekalan, Anit berkata dia tidak berdepan masalah kerana pengedar sememangnya sentiasa membekalkan stok yang diperlukan dan mereka juga sedar keperluan tinggi terhadap kedua-dua pil berkenaan. "Sehingga kini, masih belum ada kes mengatakan pengguna menerima kesan sampingan daripada penggunaan ubat terbabit dan peniaga juga yakin ia tidak membahayakan. "Harga dua pil terbabit amat murah dan berbaloi sekali jika dibandingkan seperti Viagra yang diperbuat daripada AS yang berharga RM50 sebiji untuk sekali penggunaan, berbanding caverta dan kagarma, sebanyak dua kali," katanya. Seorang lagi peniaga yang dikenali dengan panggilan Chai, 35, berkata dia sentiasa memastikan stok ubat berkenaan mencukupi sebelum menutup operasi premis setiap malam, kerana pelanggan terutama warga Malaysia kebiasaannya mula masuk ke pekan ini pada sebelah pagi. Katanya, dia mampu menjual 1,000 biji dalam sebulan dengan majoriti pelanggan adalah rakyat Malaysia kerana permintaan terhadap ubat jenis itu sungguh menggalakkan pada ketika ini. "Namun begitu, saya difahamkan, ubat berkenaan tidak begitu sesuai kepada mereka yang mempunyai penyakit lemah jantung, sebaliknya sesuai kepada mereka yang menghidap kencing manis dan lemah tenaga batin," katanya. Ada lebih 200 premis rumah urut dan spa di sekitar pekan ini, termasuk yang menyediakan khidmat pelacuran yang sering menjadi tarikan utama pengunjung, termasuk dari Malaysia |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |