Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

DIMENSI

$
0
0

DIMENSI


Omegay: PAS bley blah..Anuwar tetap nak jawatan PM! >:]

Posted: 16 Feb 2013 01:30 AM PST


Anwar Digesa Henti Cita-Cita Jadi PM
KUALA LUMPUR: Seorang bekas sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa beliau menghentikan cita-cita menjadi Perdana Menteri, sambil berkata penolakan Majlis syura PAS beliau untuk memegang jawatan itu penting dan mempunyai maksud.

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata adalah jelas Anwar tidak lagi mempunyai sokongan daripada golongan ulama dalam PAS.

Katanya, beliau kini mempunyai maklumat bahawa terdapat golongan tertentu dalam DAP membuat perjanjian dengan PAS untuk tidak menyokong Anwar bagi jawatan tersebut.

"Majlis syura membuat keputusan berdasarkan sokongan bagi isu-isu bertentangan Islam seperti isu kalimah Allah, pluralisme dan LGBT.

"Anwar kini sedang takut dan berharap untuk menyembunyikan hakikat bahawa dia tidak lagi mempunyai sokongan daripada pihaknya (pembangkang) sendiri, sekurang-kurangnya sehingga Parlimen dibubarkan," katanya dalam satu sidang akhbar, Jumaat.

Zahrain yang merupakan bekas ketua PKR P.Pinang yang kini ahli Parlimen Bebas, mendakwa DAP telah bersetuju dengan PAS secara prinsip untuk menyokong sama ada veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah atau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum.

"Bagaimanapun, mereka (PAS dan DAP) cuba untuk menyembunyikannya sehingga pilihan raya tamat," dakwa Zahrain.

Majlis syura PAS baru-baru ini dilaporkan telah membuat keputusan untuk menolak Anwar sebagai calon perdana menteri.

Walau bagaimanapun, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa majlis tidak membuat apa-apa keputusan. - mstar

Omegay: TUKAR - wally slipau berang...Gelombang Merah datang!

Posted: 15 Feb 2013 11:30 PM PST



Omegay: SPR telus...PR Bolos! >XD

Posted: 15 Feb 2013 09:00 PM PST

Majoriti yakin SPR telus, adil
Hasil kajian sangkal dakwaan pembangkang

Kuala Lumpur: Majoriti rakyat negara ini yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu mengurus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan dalam tempoh terdekat dengan telus, adil dan bersih. 
Ini berdasarkan kajian mengenai 'Pandangan Masyarakat Terhadap SPR' yang dilakukan Majlis Profesor Negara (MPN) membabitkan 3,756 responden di seluruh negara. 

Kajian turut mendapati sebanyak 71.3 peratus kaum Melayu, 59.2 peratus (Cina), 67.4 peratus (India), Bumiputera Sabah (78.6 peratus) dan Bumiputera Sarawak (58.8 peratus) berpendapat badan itu bebas daripada kerajaan," Prof Dr Mansor Mohd Noor, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa

Ia sekali gus menolak tanggapan terutama pakatan pembangkang bahawa SPR tidak telus terutama membabitkan pembersihan daftar pengundi.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata lebih 70 peratus responden berpendapat SPR berjaya mengurus pilihan raya sebelum ini dengan baik.

Beliau berkata, sebanyak 76.2 peratus kaum Melayu yakin PRU-13 akan telus, Cina (59.3 peratus), India (82.5 peratus), Bumiputera Sabah (81.9 peratus) dan Bumiputera Sarawak (71.1 peratus).

Majoriti sokong kotak lut sinar, dakwat kekal 
Mengenai pembaharuan SPR, beliau berkata, majoriti responden menyambut baik penggunaan kotak undi lut sinar dan penggunaan dakwat kekal.

"Kajian turut mendapati sebanyak 71.3 peratus kaum Melayu, 59.2 peratus (Cina), 67.4 peratus (India), Bumiputera Sabah (78.6 peratus) dan Bumiputera Sarawak (58.8 peratus) berpendapat badan itu bebas daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kajian pada Majlis Rundingan Meja Bulat Pandangan Masyarakat Terhadap SPR anjuran MPN dan BH, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi MPN, Prof Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid; Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin; Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Sehubungan itu, Mansor berkata, majoriti responden akan akur dengan keputusan PRU yang diisytiharkan SPR iaitu Melayu (87.9 peratus), Cina (75.7 peratus), India (85.1 peratus), Bumiputera Sabah (92.2 peratus) dan Bumiputera Sarawak (85.1 peratus).

Katanya, bagi penambahbaikan SPR, responden mencadangkan pindaan peraturan bagi membolehkan pendaftaran automatik mereka berusia 21 tahun ke atas mulai tahun depan.

"Selain itu, mereka juga mahu SPR memotong nama yang tidak mengundi sebanyak tiga kali serta melakukan pendaftaran pengundi mengikut format alamat yang disokong dengan dokumen seperti bil air," katanya.

Sementara itu, Shamsul Amri berkata, PRU-12 mula menunjukkan kematangan politik rakyat di negara ini berikutan dasar keterbukaan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Sesetengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia hanya berlegar mengenai daftar pemilih dan institusi SPR sedangkan literasi politik perlu lebih kepada perkembangan idea politik daripada mempromosi pengetahuan mengenai institusi politik," katanya.

Abdul Aziz pula berkata, SPR memberi jaminan bahawa PRU-13 yang akan diadakan dalam tempoh terdekat menjadi pilihan raya terbaik pernah diadakan.

Beliau berkata, ia berikutan banyak penambahbaikan termasuk memperkenalkan dakwat kekal, undian awal dan pemerhati tempatan dan luar negara dalam pilihan raya kali ini.

Katanya, dakwaan pihak tertentu bahawa PRU-13 adalah paling kotor hanya bertujuan menimbulkan situasi yang akan memberi faedah kepada kepentingan mereka.

"Jika penambahbaikan paling banyak dalam sejarah (SPR), takkan PRU-13 jadi begitu kotor. Ia adalah kenyataan yang sangat berat sebelah dan mahu mencipta tanggapan tidak berasas," katanya.

Abdul Aziz berkata, tanggapan bahawa PRU-13 adalah pilihan raya paling sengit dan panas perlu dilihat daripada aspek positif kerana ia menunjukkan amalan demokrasi yang menjadi asas negara ini.

"Pertandingan dan persaingan antara calon atau parti politik tidak menjadi masalah dengan syarat ia dilakukan mengikut undang-undang dan arahan SPR dan polis," katanya.

Terdahulu, Zakri melancarkan laman sesawang www.bangipoll.com yang memuatkan data kajian politik semasa hasil kajian dilakukan pelbagai pihak termasuk MPN.

Selain itu, laman sesawang berkenaan mempunyai bancian yang membolehkan pengunjung menjawab soal selidik secara dalam talian. - BH

Omegay: Dinpudu malu nak ulang citer jd MB? >XD

Posted: 15 Feb 2013 06:42 PM PST

Jawatan Menteri Besar Johor jika Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri itu bukan perkara utama yang mendorong Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertanding di negeri kelahirannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun namanya disebut-sebut bakal mengisi jawatan menteri besar jika Pakatan Rakyat menang di Johor, Salahuddin berkata, beliau ada agenda lebih besar di atas kepulangannya itu.

"Cerita untuk jadi menteri besar ini biarlah kita cerita nanti selepas PRU akan datang.

"Itu bukan matlamat akhir cita-cita politik saya. Yang penting bagi saya, apabila saya diminta Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya Pas Johor pada hari ini, beliau telah memikirkan dan berbincang dengan saya untuk saya balik ke Johor bagi membantu melonjakkan lagi arus perubahan di Johor," ujarnya.

Mengakui tugas berat menanti beliau, namun Ahli Parlimen Kubang Kerian ini yakin Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan selepas pilihan raya umum lalu punya peluang cerah untuk menawan Johor malah menjejakkan kaki ke Putrajaya selepas PRU13.

"Memang kali ini Pakatan Rakyat ada peluang.

"Sebab itu saya telah ambil keputusan untuk balik ke Johor, mengapa tidak kita sinergikan, kita gabungkan kekuatan yang ada, dibantu pula dengan dokongan kuat rakan-rakan DAP dan PKR, itu sebenarnya yang mendorong saya balik ke Johor, bukan atas faktor untuk menjadi menteri besar," katanya lagi dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online, semalam.

Ujarnya, zaman di mana Johor digelar sebagai negeri simpanan tetap Barisan Nasional sudah berlalu, malah kini sunami politik yang dahulunya berpusat di ibu negara sudah beralih ke selatan negara.

"Di hadapan kita sekarang ini seolah-olah rakyat Johor ada dua pilihan. Dulu mereka tak ada, sukar untuk mereka membuat pilihan. Kalau dulu mereka tak nampak ada gabungan parti lain yang setanding atau pun sehebat Barisan Nasional.

"Kini satu anjakan peralihan pemikiran politik rakyat Johor terhadap masa depan politik mereka," ujar beliau.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat Umno dengan memenangi satu kerusi parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi Dun daripada 56 kerusi yang ditawarkan. - SH

kehkehkeh nampak dinpudu masih tak blajar dari peristiwa lalu..ahli nujum nizar katun pun dah ramal bukan senang nak rampas johor malah dia pun kate fuckatan takde peluang langsung!...mungkin jugak cita2 dinpudu bukan nak jadi mb (kaki kencing lebat!). tapi yang pasti dia ada cita2 iaitu memastikan johor jatuh ke tangan pembangkang..

tak susah nak teka...dinpudu ni kire salah sorang soldadu upahan pengecut yang dah tak laku di kubang kerian sejak skandal di hotel puduraya terbongkar. maka calon rejek ni terus di hantar ke johor (konon nya mahfodz yang jemput lerr) mengepalai tentera fitnah dan tohmah..bersedia berdiri di pentas deeayypig dan peegayar berceramah berapi api dengan memanipulasi fakta yang di sediakan terlebih awal!

sudah tentu isu yang di bangkitkan seperti isu tanah akan di jadikan modal air lior untuk menyerang BN walhal sebenarnya tiada berbangkit sama sekali melainkan untuk mengelirukan rakyat

pas johor tau mereka sebenarnye dah takde pilihan calon yang berwibawa bagi menentukan nasib mereka tak tewas atau pun tak kalah secara KO. selama ini mereka berpaut di kaki deeaaypig manakala nak harapkan bantuan peegayrar setakat upah budak2 datang nak cukupkan korum dalam sesi ceramah jek

pas tak hidup di kawasan bandar tapi pas kena melutut di kaki orang kampung untuk dapatkan sekeping ketas undi...sebab tu pas johor bleh di katakan menggunakan pendekatan "takde kayu akar reput pun berguna" untuk meneruskan hayat..

tak kisah ler walau di mana pun dinpudu nak bertanding. kecik tapak tangan meriam mortar BN sediakan! huhuhuhu

pendek kata kepulangan dinpudu ke johor memang di nanti2kan oleh BN johor..bukan ape..bile lagi nak guna peluru yang di bekal oleh pihak musuh!..agaknye bukan kiraan KO lagi malah KENA PUKULAN TKO! kehkehkehkeh >XD

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>