Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Sahabat-Gunung

$
0
0

Sahabat-Gunung


Khalid Ibrahim Makin Pening – Lagi Ibu-Bapa Tuntut Janji Bantuan RM50 untuk Anak-Anak Pra-Sekolah

Posted: 15 Feb 2013 09:48 PM PST




Selepas gagal membatalkan saman yang difailkan oleh kumpulan ibu tunggal berhubung pembayaran elaun sebanyak RM100 sebulan serta tuntutan kumpulan yang menuntut air percuma, kerajaan negeri Selangor hari ini terus berdepan dengan satu lagi tuntutan iaitu berkaitan bantuan pendidikan prasekolah.

Pengerusi Badan Bertindak Rakyat Selangor (BBRS), Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, ini berikutan kerajaan negeri dalam manifesto kempen pilihan raya umum 2008, telah berjanji akan memberi bantuan RM50 sebulan kepada kanak-kanak yang menghadiri pendidikan peringkat asas tersebut.

 
Jelas beliau, manifesto itu juga merujuk kepada seluruh keluarga tanpa mengira jumlah pendapatan kerana tiada syarat dikenakan.

"Kerajaan Selangor hari ini jelas gagal memenuhi janji semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) untuk menyediakan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada 115,000 kanak-kanak yang memasuki prasekolah melibatkan tuntutan RM59.8 juta sejak tahun 2008. Jumlah itu termasuk seramai 23,945 kanak-kanak yang memasuki prasekolah sepanjang tahun lepas.

Dalam masa yang sama, kita menafikan bahawa BBRS menghalang atau menakutkan ibu-bapa Pra Sekolah untuk menerima bantuan pra persekolahan dari kerajaan pakatan negeri Selangor. Persoalannya, kerajaan negeri tidak telus untuk menyampaikan maklumat menyeluruh kepada rakyat Selangor khususnya kepada ibu-bapa yang mempunyai anak di pra-sekolah, mengapa pilih bulu, mengapa pilih kasih," ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama dengan kumpulan ibu-bapa dari kawasan Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam yang mengadakan demostrasi menuntut janji PRU12 dari kerajaan negeri, di sini pagi tadi.

Tambahnya, kenyataan yang dibuat oleh seorang wakil rakyat dalam website Selangorku merupakan kenyataan yang melulu dan tidak bertanggungjawab, satu pembohongan besar dengan menuduh kerajaan pusat menyekat bantuan Skim Tunas kerajaan negeri Selangor.

"Hakikatnya, YB Dr halimah seorang wakil rakyat yang tidak prihatin dan tidak mengambil tahu jumlah sebenar anak-anak di prasekolah di negeri Selangor. Untuk tahun 2013, kerajaan negeri Selangor Cuma mensasarkan 5,000 ibu-bapa sehingga Disember 2013.

Kalau YB Dr Halimah begitu prihatin di atas kanak-akanak prasekolah, dah lari dari sasaran sebenar kerana di negeri Selangor sahaja, ada kira-kira 25ribu hingga 30ribu kanak-kanak yang belajar di Tadika Kemas, Tabika Perpaduan dan tadika swasta di negeri Selangor.

Kenyataan Dr Halimah bahawa bantuan ini, RM50 atau bantuan Skim Tunas ini untuk keluarga yang berpendapatan RM1500 ke bawah tetapi janji dalam manifesto tak sebut langsung. Mengapa hari ini ada syarat?," ujarnya lagi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak.

Persoalan seterusnya, mengapa Skim Tunas ini baru dilancarkan pada 1 Julai 2012, setelah empat tahun pakatan PKR-DAP-PAS mentadbir negeri Selangor. Janji yang dibuat ialah pada tahun 2008, bagaimana dari tahun 2008 hingga 2012, siapa yang nak bayar tuntutan ini.

"Sepatutnya pembayaran ini sudah dibuat sejak Mac 2008 sehinggalah tahun 2013. Sehubungan dengan itu, nasihat kepada Dr  Halimah, jangan berbohong kepada rakyat negeri Selangor. Kalau nak buat Skim Tunas ini, buatlah dengan ikhlas, jangan banyak main politik, jangan cakap tak serupa bikin, jangan tidak bertanggung dan tuduh yang bukan-bukan kepada kerajaan pusat," tambahnya lagi.

Lagi Ibu Tunggal Meng'harap' Kasih Dan Sayang Khalid Ibrahim .....

Posted: 15 Feb 2013 02:15 AM PST





Lebih 500 ibu tunggal hari ini mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum menuntut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji manifesto pilihan raya umum (PRU) lepas untuk memberikan elaun RM100 sebulan kepada golongan itu.

Demonstrasi ini merupakan rentetan demostrasi bantahan serupa beberapa kumpulan ibu tunggal di seluruh negeri Selangor termasuk yang mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor tahun lalu.

Penyelaras Tuntutan Ibu Tunggal Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, hampir 50,000 golongan ibu tunggal diperdaya dan ditipu kerajaan PKR Selangor selepas gagal menerima elaun seperti dijanjikan.

"Ini merupakan kebangkitan golongan ibu tunggal yang dilihat sebagai satu penganiayaan kepada mereka tetapi dalam masa yang sama, dilihat sebagai satu petanda rakyat Selangor dah mula bangkit, dah mula sedar malah hakim di Mahkamah Tinggi Shah Alam sendiri telah memutuskan bahawa manifesto PRU12 yang lalu merupakan satu ikatan janji dengan rakyat.

Sehubungan dengan itu, kita sebagai pemimpin-pemimpin parti, jangan mudah berjanji sahaja tetapi gagal untuk menunaikan janji kerana rakyat sekarang sudah sedar dan celik untuk menilai mana kerajaan yang benar-benar mampu mentabir dengan baik atau kerajaan yang hanya pandai menipu," ujarnya yang juga ADUN Semenyih.    

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman berkata, mereka hanya memperjuangkan apa yang sudah dijanjikan. Kerajaan Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menepati janji pada pilihan raya lalu untuk memberi elaun kepada ibu tunggal.

Johan berkata pihaknya akan memeriksa dokumen diserahkan kumpulan ibu tunggal itu bagi membantu mereka mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan Selangor yang enggan menjelaskan tuntutan yang dibuat.

Beliau berkata semakin ramai ibu tunggal dari pelbagai kaum tampil menuntut hak dan mahu membawa perkara mengenai kegagalan kerajaan Selangor memberi elaun kepada golongan itu ke mahkamah di seluruh Selangor.

Katanya, sehingga kini sebanyak enam memorandum telah diterima berhubung tuntutan elaun ibu tunggal itu dari seluruh negeri termasuk Petaling Jaya, Gombak, Selayang, Hulu Langat, Semenyih dan Sungai Air Tawar.

"Tidak mustahil jika kerajaan Selangor masih berdegil dengan tuntutan ini, kira-kira 50,000 ibu tunggal pelbagai bangsa di negeri ini akan berarak dan mengadakan demonstrasi di Bangunan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri)," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Datuk Raja Ideris Raja Ahmad berkata kumpulan ibu tunggal dari kawasan itu merupakan mereka yang kecewa dan rasa tertipu dengan janji-janji manis pembangkang sebelum ini.

Beliau berkata sebagai kerajaan yang mendakwa mereka menjaga kebajikan, nasib ibu tunggal sepatutnya dibela bukan dipermainkan seperti itu termasuk tidak menunaikan elaun bulanan seperti yang dijanjikan.

"Kumpulan ibu tunggal ini merupakan antara mereka yang terperdaya dengan manifesto pembangkang pada pilihan raya dahulu, mereka akui termakan kata-kata tapi akhirnya selepas hampir lima tahun janji tetap tinggal janji," katanya.

Pada 23 Jan lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid  Ibrahim untuk mengetepikan saman yang difailkan 2,020 ibu tunggal di negeri itu.

Saman itu adalah berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Pada 22 Nov tahun lepas, Murtini mewakili 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan tuntutan bagi menuntut tunggakan berjumlah RM10.9 juta dan mereka menamakan kerajaan negeri yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710