Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- Gambar Lama Tun Mahathir. Biar Gambar Berbicara.
- BERHATI-HATI DENGAN TEMASEK HOLDING
- Ulamak PAS tampar Guan Eng ?!
Gambar Lama Tun Mahathir. Biar Gambar Berbicara. Posted: 26 Dec 2012 08:30 PM PST Benarkah Tun Mahathir tolak Islam? Dari dulu lagi rakyat tahu bahawa ianya hanya fitnah pembangkang untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Bagi menguatkan tuduhan, pembangkang juga sanggup menfitnah bahawa Tun Mahathir ANTI KEPADA ORANG BERJUBAH dan BERSERBAN. Biarlah gambar ini berbicara. *Mohon disebarkan di media sosial. | ||
BERHATI-HATI DENGAN TEMASEK HOLDING Posted: 26 Dec 2012 05:35 PM PST
LEE KUAN YEW walaupun berstatus Ketua Menteri Singapura semasa masih berada di dalam Malaysia, namun semasa melawat negara-negara Eropah pada awal tahun 1960an, mengandaikan dirinya sebagai Perdana Menteri, pegawai-pegawainya diberi gelaran bertaraf Duta. Perkara ini sangat tidak menyenangkan allahyarham Tunku Abdul Rahman. Sudah tentu sebagai sebuah negara berdaulat, tentulah hanya ada seorang sahaja Perdana Menteri Malaysia, iaitu YTM Tunku Abdul Rahman.(Baca di Memoir LKY) Anak-anak muda mesti membaca seberapa banyak minda Lee Kuan Yew, kerana beliau adalah mentor kepada negara baru Singapura (dahulunya dikenali Temasek milik Kerajaan Johor). Mengapa Lee Kuan Yew? Jawapannya ialah, apabila DAP berjaya membentuk kerajaan DAP di Pulau Pinang, Lee Kuan Yew dan delegasi PAP merupakan pemimpin luar yang paling awal dan paling kerap mengunjungi Ketua Menteri Pulau Pinang, atau sebaliknya. Semasa Kerajaan Singapura berjaya memenangi Pulau Batu Puteh di Mahkamah ICJ, saya menghubungi salah seorang pemimpin Persatuan Sejarah Johor, Tuan Hj. Kamdi, kebetulan bekas pensyarah saya di Johor Bahru dahulu. Beliau menyatakan, Kerajaan Malaysia mempunyai asas lain yang boleh ditunjukkan untuk membuat Semakan Semula keputusan ICJ itu. Dalam hal ini, saya menyokong kita berusaha mendapatkan semula Pulau Batu Puteh itu. Mahkamah Antarabangsa memberi kita peluang untuk Membuat Semakan keputusan itu dalam masa 10 tahun dari tarikh penghakiman, jika terdapat bukti baru. Kita harus beringat, Singapura di Selatan merupakan negara ketiga paling sibuk dalam perniagaan perkapalan dunia, mereka menguasai perairan Selat Melaka di selatan. Manakala, Pulau Pinang di Utara turut menggenggam perairan Selat Melaka. Tahukah kamu apa implikasinya dalam dunia politik? Fikirkanlah... Kesilapan kita ialah kita tidak membangunkan Pelabuhan Tanjung Pelepas yang ideanya dicadangkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Semasa Tan Sri Syed Mokhtar mencadangkan pembangunan Pelabuhan Tanjung Pelepas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada awal tahun 1990an dahulu, Tun Dr. Mahathir pun pada mulanya agak kurang yakin idea ini. Namun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berjaya membuktikannya dan Tun Dr. Mahathir begitu gembira. Saya sangat yakin, menjelang PRU13 nanti, Singapura akan memainkan peranan penting dalam mencorak pemikiran pengundi, khususnya di seberang tambak dan negeri Johor. Berpuluh ribu pekerja Malaysia yang berulang-alik ke Singapura setiap hari akan didedahkan dengan 'Singaporean Nice" untuk kita melihat, mendengar, membaca, memerhati dan membuat keputusan sama ada akan mengundi BN atau Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP, sebenarnya. Kita mesti menghalang Singapura, khususnya Temasek Holding, daripada melaburkan wang mereka tanpa kawalan di Malaysia. Kita mesti mengkaji niat dan tujuan sebenar mereka. Kita harus ingat simpanan Temasek Holding 3 atau 4 kali ganda banyaknya berbanding Khazanah Holding yang semakin berkembang pesat. Bukankah Thaksin Shinawatra Jatuh dan Dijatuhkan ketika proses Temasek Holding hendak membeli Syarikat Telekomunikasi negara Thailand? Bukankah Pasukan Bola Sepak Malaysia dikalahkan 0-3 oleh Singapura selepas wajah-wajah asing menghiasi muka-muka pemain Singapura? Bukankah Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan dahulu, jika mahu adil, dengan keluasan padang yang sama, saiz badan yang sama, tinggi tubuh badan yang sama, bermain dengan 11 pemain, mungkin Malaysia boleh menang Piala Dunia? Bukankah Lee Kuan Yew pernah berkata, sepatutnya Singapura membina Litar Lumba Formula 1 sepuluh tahun lebih awal sebelum Malaysia. Walaupun lambat, walaupun mereka tiada litar, mereka berjaya juga menganjurkannya selepas Malaysia hampir 20 tahun menjadi penganjur siri Formula 1. Jika bank-bank di Malaysia berjaya membeli bank-bank di Indonesia, Temasek Holding tidak akan membiarkan Singapura ketinggalan oleh Malaysia. Singapura hanya berdiam diri apabila Presiden BJ Habibie berkata, ""Apa itu Singapore, negara yang tidak ada dalam peta dunia!". Bagaimanakah kita hendak menghentikan semua ini. Jawapannya mudah, ada di tangan anda, iaitu jangan menangkan DAP dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya. Sumbangan : jentayuabaka.blogspot.com | ||
Posted: 26 Dec 2012 04:00 AM PST PAS dan ulama membidas tindakan Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. Tindakan itu kata mereka bukan saja akan mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya, semalam menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata tindakan Setiausaha Agung DAP itu mengelirukan umat Islam di negara ini. "Kita tidak boleh lawan Majlis Syura yang sudah putus perkara ini sebelum ini, kalau lawan…. jadi benda lain. Kita tidak akan ikut, pakai dia (Guan Eng), sebab dia keliru banyak, nak guna benda karut. "Tapi terpulang kepada kerajaan (Persekutuan), kalau nak buat. Bagi PAS, kita bantah, tidak boleh guna perkataan itu," katanya Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu Guan Eng berhenti daripada membangkitkan isu itu kerana boleh mencetuskan kekeliruan umat Islam. "Isu kalimah Allah ini bukan boleh dijadikan polemik kerana ia sangat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan agama jika tidak ditangani dengan baik," katanya. Nasrudin berkata, jika masyarakat agama lain masih tidak memahami isu itu sewajarnya ia dibincangkan secara tertutup bersama ulama bagi mengelakkan ketegangan agama. Ditanya sama ada PAS akan bertemu dengan Guan Eng berhubung isu terbabit, Nasrudin berkata, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti. Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain. Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, negeri itu mewartakan kalimah Allah sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam. Beliau berkata peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman pakatan pembangkang memerintah dan dipersetujui Guan Eng sebagai pemimpin tertinggi. "Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti Allah, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam. "Dia (Guan Eng) pun tahu perkara ini, kita sudah maklum dan peraturan ini sudah diwartakan, pelik juga beliau cakap macam tu," katanya. Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad berkata, keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible perlu dihormati semua kaum. Sumber: Merdeka Online *Dalam MyMassa amati artikel ini teringat sister Izzah bagi kebenaran untuk orang Melayu Murtad. |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |