Ohpolitik!™ |
- DAP Tetap Pendirian @anwaribrahim sebagai PM Sepenggal!!
- YES! NO! VIDEO BUKTI DAP SABOTAJ @NajibRazak!!
- YES! NO! Sabotaj TUTUP ISU BESAR DAP!!!
- Pengurusan Pentas upacara tradisi menggaul 'yee-sang' MALUKAN PM?
- Tunjuk FUCK kat @cmlimguaneng dapat FREE LAWYER?
DAP Tetap Pendirian @anwaribrahim sebagai PM Sepenggal!! Posted: 13 Feb 2013 12:15 AM PST Pengerusi Dap Karpal Singh sekali lagi mengulangi pendirian beliau bahawa hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menjadi perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Dalam sidang akhbarnya di Georgetown, Pulau Pinang, beliau menegaskan bahawa Anwar adalah pilihan Dap dan menganggap pendirian Dap itu turut mendapat sokongan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau menegaskan bahawa dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar dan seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang untuk menduduki kerusi tersebut hanya lah spekulasi. Pendirian Karpal ini menimbulkan banyak persoalan dan keraguan terutama di pihak Pas yang sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan tentang siapa yang layak menduduki jawatan tertinggi itu walaupun sebelum ini terdapat desakan di peringkat akar umbi yang mahu Pas bertegas inginkan presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memegang jawatan tersebut. Berdasarkan beberapa perkembangan terbaru yang berlaku dalam Pas dan percanggahan pendapat serta pandangan antara parti itu dengan Dap dalam beberapa isu membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, usaha Dap untuk mengetengahkan Anwar dianggap sebagai satu percaturan yang boleh menghancurkan kerjasama parti itu dengan Pas kerana dalam Pas sendiri sudah mula wujud gerakan untuk menolak Anwar. Malah pendirian Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR itu dalam isu membabitkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu dilihat lebih condong kepada kehendak Dap semata-mata kerana terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu sedangkan hakikatnya, Dap pula mempergunakan Anwar untuk mendapatkan sebanyak mungkin sokongan pengundi Melayu. Dalam soal ini Pas juga tahu dan sedar bahawa dalam banyak perkara kedua-dua parti itu tidak pernah mencapai kata sepakat atau bersependapat. Cuma kebelakangan ini Pas mula lantang mempertahankan agenda perjuangan mereka itu pun setelah menerima tekanan dan desakan daripada penyokong akar umbi dan golongan ulama yang mahu parti itu lebih bertegas dalam isu-isu membabitkan kepentingan Islam. Pas tidak perlu mempertahankan Dap semata-mata atas dasar kepentingan untuk berkuasa dan menumbangkan kerajaan barisan nasional (BN) dengan menutup mata dan telinga terhadap tindak tanduk pemimpin-pemimpin parti itu yang terang lagi bersuluh sering memperlekeh sensitiviti umat Islam dan orang Melayu. Tindakan Dap mempertahankan Anwar walaupun ada di kalangan pemimpin Dap sendiri yang cukup kenal siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, jelas menunjukkan bahawa Dap mahupun PKR terutamanya Anwar sendiri saling memperguna antara satu sama lain untuk kepentingan mereka yang berbeza. Sebagai rakan dalam pakatan pembangkang, Pas yang menjadikan agama Islam sebagai asas perjuangan, tidak sepatutnya termasuk dalam perangkap Dap mahupun PKR kerana seperti yang dijelaskan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, orang Melayu dan umat Islam perlu mengelak untuk ditipu oleh Dap kononnya mahu menjaga kebajikan orang Melayu dan mereka bukannya anti-Islam. Malah, beliau turut membayangkan agama Islam dan orang Melayu di negara ini akan porak-peranda sekiranya diperintah Dap yang tidak pernah menghormati sentimen penganut agama Islam dengan memberikan contoh apa yang telah dilakukan oleh Pengerusi Dap Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng. Kenyataan kedua-dua pemimpin Dap itu bukan sahaja satu bentuk provokasi terhadap penganut agama Islam di negara ini tetapi juga menggambarkan sikap dan pendirian sebenar mereka dalam isu membabitkan kepentingan Melayu dan Islam di negara ini. Sumber : malaysiaaktif.my |
YES! NO! VIDEO BUKTI DAP SABOTAJ @NajibRazak!! Posted: 12 Feb 2013 08:21 PM PST Nah! Tengok video versi dari pelbagai sudut pengunjung yang hadir. Setakat import Puak DAP Haprak suh jerit NO satu jer view, nah banyak view. Bukti Puak Pakatan kaki kencing! Sabotaj, cubaan jatuhkan Moral PM dan BN. Jangan Lupa...DAP la nih telahpun mengalami beberapa pendedahan bersiri dan tingkah laku yang memualkan rakyat mendengarnya, soal tanah 10,526 ekar, Penipuan Undi dalam Kongres, kerenah dua beradik dan bermacam lagi kebelakangan ini dilihat betapa Moral DAP kini ditahap paling bawah. |
YES! NO! Sabotaj TUTUP ISU BESAR DAP!!! Posted: 12 Feb 2013 07:37 PM PST Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang sememangnya telah dirancang untuk sabotaj apatahlagi bila mengetahui Perdana Menteri akan turun bagi memeriahkan lagi sambutan majlis tersebut yang dianjurkan oleh Barisan Nasional, muslihatnya semuanya bermula apabila Lim Guan Eng mula merasakan sokongan kepadanya makin kurang, apatah lagi bila terbaru Video Iklan ucapan PM di kaca TV mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Sebenarnya DAP sendiri tidak menjangka Iklan sebegitu akan terpapar di kaca TV yang menyentuh hati Rakyat terutamanya bagi mereka yang berbangsa Cina. Hakikatnya di sini DAP sendiri telahpun mengalami beberapa pendedahan bersiri dan tingkah laku yang memualkan rakyat mendengarnya, soal tanah 10,526 ekar, Penipuan Undi dalam Kongres, kerenah dua beradik dan bermacam lagi kebelakangan ini dilihat betapa Moral DAP kini ditahap paling bawah. |
Pengurusan Pentas upacara tradisi menggaul 'yee-sang' MALUKAN PM? Posted: 12 Feb 2013 06:08 PM PST Perkara biasa dalam pengurusan pentas bagi sesebuah acara yang besar. Juruacara umpama santai. Namun perlu ada kerja sama dengan stage manager jika tidak maka berlakulah acara GAGAL yang mampu memalukan sesiapa saja VIP termasuklah PM. Untuk rekod isu ini telah diangkat sebagai PSY tidak mahu bersama PM. Bintang antarabangsa Korea, Psy dikatakan telah memberi tamparan hebat kepada PM apabila dia enggan naik ke pentas untuk bersama-sama perdana menteri bermasalah beserta ahli-ahli tertinggi BN setiba masanya untuk upacara tradidi menggaul 'yee-sang' dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina. Di Pulau Pinang untuk menyanyikan lagunya yang terkenal, Oppa Gangnam-style, Psy telah memberikan persembahan seperti yang dijanjikan bernilai RM 2 juta itu. Orang ramai turut menyanyi dan menari bersama-sama artis itu dan para penarinya yang begitu menarik dan bergaya. Selama 4 minit, ribuan rakyat Pulau Pinang yang datang ke padang sekolah Han Chiang bagaikan terpukau. Mereka menuntut apa yang mereka mahu dan Psy telah memberikannya. Lagi Gangnam! Tengok dan nilai sendiri : |
Tunjuk FUCK kat @cmlimguaneng dapat FREE LAWYER? Posted: 12 Feb 2013 05:11 PM PST TINDAKAN seorang ahli DAP Pulau Pinang, Leong Pei Koe yang di dakwa menunjukkan isyarat lucah kepada DYMM Raja Permaisuri Agung semalam telah benar-benar memberikan kesan yang buruk kepada DAP, Pakatan Rakyat dan masyarakat cina di negeri tersebut. Dikhabarkan Pei Koe telah mengakui perbuatannya itu semasa sesi soal siasatan dengan pihak polis. Sudah cukup teruk Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN pada hari sama yang turut menampilkan penyanyi popular, Psy, mendapat sambutan dari ratusan ribu rakyat Pulau Pinang, kejadian seumpama ini hanya menguatkan lagi tanggapan salah yang berlegar selama ini bahawa DAP adalah sebuah parti rasis dan pro republik. Bagaimanapun, selaras dengan konsep keadilan sejagat, innocent until proven guilty (tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah), Pakatan Rakyat malam semalam telah memutuskan untuk menyediakan khidmat guaman yang secukupnya untuk Pei Koe – secara percuma. Walau apa pun yang dikatakan orang tentang Pei Koe, dia masih layak mendapat keadilan dibawah undang-undang. Tidak ada siapa pun yang berhak menafikan hak tersebut. Lagipun Pakatan Rakyat berpendapat, walaupun tindakan itu memang kurang ajar dan melanggar undang-undang, tapi ia masih lagi satu kesalahan yang dikirakan cukup kecil berbanding dengan lebih banyak kebobrokan yang dilakukan UMNO dan Barisan Nasional selama mereka memerintah negara ini. Terlalu kecil. Begitu juga dengan sifat perkauman yang dituduh kepada Pei Koe ini, ia juga wujud dalam mana-mana masyarakat dan individu bukan dikalangan orang cina sahaja, cuma tidak ditunjukkan secara terang-terangan seperti dalam kejadian semalam. Secara tak langsung, ia juga menunjukkan Pei Koe seorang yang berani, berani untuk menyatakan pendirian walaupun dengan cara yang mungkin salah dari pandangan undang-undang dan separuh masyarakat kita.Petikan SuaraPakatanRakyat.com Jika dikaji, hari demi hari kita (melayu) semakin dihimpit desakan DAP. Belum pun reda isu Kalimah Allah, kini timbul Isu Leong Pei Koe yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada DYMM Raja Permaisuri Agung. Modus operandi yang mudah, ianya umpama telah dirancang, sebaik saja berlaku, pastinya akan ada lawyer DAP yang sentiasa FREE menawarkan khidmat guaman khas kepada mereka yang berhadapan dengan kerajaan mahupun institusi raja. Apa yang terbaik sipesalah diangkat dek kerana keberanian dan kesalahan itu dikatakan cuma kecil. Yang menariknya, Isu ini cuba dikaitkan dengan UMNO kononnya UMNO lebih banyak melakukan kesalahan. Apapun aku nak tunggu lebai PAS plak lepas ni spin. Pastinya memihak kepada DAP. Jom tunjuk FUCK kat @cmlimguaneng, aku nak tengok dapat free Lawyer tak..!!! |
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |