PEJUANG BANGSA |
Kantoi ! Nge & Nga akhirnya mengaku dapat projek balak di Kelantan ! Posted: 21 Dec 2012 08:00 PM PST Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan. ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur. "Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN," katanya pada sidang media di sini semalam. Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008. Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan. Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata: "Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi." Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956. Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan. Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.- ANTARA POS- |
Najib nak buat PRU 13 awal Februari !! Posted: 21 Dec 2012 07:16 PM PST - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) telah mengenal pasti senarai nama calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tetapi belum dimuktamadkan lagi kerana ia merupakan proses berterusan sehingga menjelang pilihan raya. Beliau yang juga Pengerusi BN menegaskan, senarai tersebut masih boleh berubah jika pihaknya menerima maklumat terkini mengenai seseorang calon. "Ia (pemilihan calon) adalah proses berterusan. Sehingga sampai saat kita umumkan, proses ini boleh berubah. Kalau kita ada input terkini, nama itu boleh dipinda," katanya. Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bagi memperingati 20 tahun hubungan dialog antara ASEAN dan India, di sini hari ini. Ditanya cadangan supaya kerajaan mewajibkan parti politik mengemukakan senarai nama calon PRU-13 untuk proses tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Najib berkata, semua calon BN melalui proses tapisan SPRM. "Kita rujuk nama calon kepada SPRM dan jika fail mereka boleh dipertikaikan, mereka tidak mungkin lulus tapisan SPRM. Ini sedang kita lakukan pada masa ini kerana sebahagian nama-nama calon telah diketahui oleh SPRM," ujarnya. Sehubungan itu, tegas Perdana Menteri, SPRM akan menapis nama-nama tersebut terlebih dahulu kerana pendirian BN ialah setiap calon pilihan raya mesti melalui tapisan SPRM. Cadangan itu disuarakan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar. Ia membabitkan semua parti politik dan individu yang akan bertanding sebagai calon Bebas termasuk Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal dicalonkan semula atau yang pertama kali bertanding. Dalam pada itu, Najib tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada pertengahan Februari tahun hadapan. Tahun Baru Cina akan disambut pada 10 dan 11 Februari depan, manakala tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada 28 April tahun hadapan. "Soalan lain? Percubaan yang baik...percubaan yang baik," katanya merujuk kepada soalan wartawan mengenai tarikh pilihan raya umum itu yang kini masih menjadi teka-teki. - UTUSAN |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |